Premium
Bapa, ibu dan anak gabung dalam filem
Zack Zainal, Cef Masturah serta anak masing-masing jayakan filem 'Not My Mother's Baking' yang akan temui penonton di pawagam tahun depan
Dec 1, 2019 | 5:30 AM
TARIKAN FILEM: Filem 'Not My Mother's Baking' bakal menampilkan bakat-bakat baru daripada pelbagai latar belakang. Antaranya (dari kiri) Lim Mei Fen dari Malaysia, pelakon veteran Vincent Tee, Christina Hon, Cef Mastura Alwi, Zack Zainal serta anaknya Benjamin, pelakon-penyanyi Kaydash Cheung dan Cef Sarah Ariffin yang merupakan anak perempuan Cef Mastura. - Foto-Foto STUDIO59 CONCEPTS -
WALAUPUN sudah bermastautin di Dubai sejak 16 tahun lalu dan jarang lagi muncul di kaca televisyen tempatan, jiwa bekas hos televisyen Zack Zainal terhadap dunia media masih kuat.
Sebab itulah beliau terbuka menerima tawaran berlakon sebuah filem tempatan, Not My Mother's Baking, yang akan ditayangkan di pawagam tahun depan.

