Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

'Battle rap' kekal kerana seronok lagi mencabar

Nov 29, 2022 | 5:30 AM
UJI KETANGKASAN: Shila Amzah (kiri) dan Tomok menggunakan kostum sepadan dan serasi melontar lirik 'rap' dalam pusingan 'battle'. - Foto ASTRO
UJI KETANGKASAN: Shila Amzah (kiri) dan Tomok menggunakan kostum sepadan dan serasi melontar lirik 'rap' dalam pusingan 'battle'. - Foto ASTRO -

MENGAPA pusingan 'battle' itu dianggap masih relevan bagi Gegar Vaganza (GV) selepas saban tahun ia diadakan sejak musim pertama lagi?

Apakah pihak penganjur, iaitu stesen Astro, tidak merancang mengubah format 'battle' ini untuk memberi laluan bagi sesuatu yang lebih baik?

Inilah antara soalan media dalam sidang konsert akhir GV9 yang diadakan selepas peraduan itu menutup tirainya kelmarin.

Mengulas perkara ini, Datuk Ramli MS selaku ketua juri berkata:

"Kami mengadakan pusingan rap ini sebab hip hop adalah genre yang menyeronokkan walaupun mencabar buat sesiapa yang tidak biasa menyanyikan irama ini."

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Encik Raqim Ahmad, pula berkata:

"Apa yang kita lihat peserta GV ini tiada latar belakang menyanyi lagu rap. Tentunya apabila kami tetapkan juara akan menang RM100,000 ($30,676), ia bukan sesuatu yang mudah.

"Jadi kami perlu beri mereka cabaran yang buat mereka keluar daripada kotak selesa mereka. Lantaran itu, rap itu satu cara untuk kami nilai kerja keras dan kesungguhan mereka keluar daripada kebiasaan.

"Bagaimanapun, kami akan mengambil serius maklum balas ramai untuk pastikan hala tuju format peraduan GV selepas ini. Tahun ini, pembaharuannya adalah pusingan 'battle' menyatukan lagu rap Melayu dan Inggeris."

Menyentuh perihal apakah akan ada lebih ramai penyanyi berusia yang sudah lama tidak muncul di kaca televisyen untuk tahun-tahun mendatang, Encik Raqim berkata pihaknya akan pastikan kerencaman usia peserta.

"Sebabnya, sesetengah yang kami temui sudah tidak dapat lagi menyanyi sebaik dahulu. Kami pun enggan mengaibkan peserta.

"Dengan adanya Jaclyn dan Shila tahun ini, ada juga yang beri maklum balas mereka dapat nikmati konsert bermutu setiap minggu. Kami berharap sajian kami kekal pada mutu sedemikian yang boleh dibanggakan," tambahnya.

Ditanya apakah yang akan jadi pada pengacara Elly Mazlein yang menggantikan Jihan Muse yang cuti bersalin tahun depan, Encik Raqim akur Elly telah menggalas amanahnya dengan sangat baik.

"Sejurus kami dapat tahu tentang kehamilan Jihan, kami menemui Elly dan memintanya perkenalkan kelainan. Beliau melakukannya dengan baik dan kami berpuas hati. Kami akan fikirkan sesuatu kelak dalam perbincangan pasca GV9," ujar Encik Raqim.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg