Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bau harum bunga, unjuran lantai 3D serikan NDP 2023

Empat babak persembahan papar kesungguhan warga S’pura atasi cabaran hidup
Jun 27, 2023 | 05:10 PM



Buat kali pertama, Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) di Padang diberi kesegaran dengan paparan unjuran lantai atau ‘floor projection’ tiga dimensi (3D) yang menarik dan berwarna-warni untuk membawa anda ‘terbang’ ke langit biru, lautan dalam dan rimba menghijau.

Bau haruman bunga tembusu yang dicipta khas buat kali pertama ialah bauan eksotik berunsurkan kayu yang diilhamkan dari bandar taman Singapura.

Ia sekali gus memaparkan kekuatan dan daya tahan rakyat negara ini.

Bauan itu akan menusuk ke hidung penonton semasa persembahan langsung diadakan dalam Babak Kedua persembahan NDP dengan tajuk, Our Strength (Kekuatan Kita).


Sejajar dengan itu, penari dari Divisyen Wanita SOKA Gakkai Singapore dan penari kumpulan Dance Inspiration akan membentuk bunga yang mekar semasa persembahan sulung Iman Fandi di pentas NDP.







Persembahan NDP 2023 merangkumi empat babak – Our Singapore (Singapura Kita); Our Strength (Kekuatan Kita); Our Heart (Hati Kita); dan Onward As One (Seterusnya Ke Depan Bersatu Hati).


Ia mempunyai judul utama Membina Masa Depan Kita Bersama Sebagai Satu (Negara), yang akan menyerlahkan perasaan, harapan, keyakinan dan kesyukuran rakyat Singapura yang berjaya mengharungi tempoh sukar.


“Melalui persembahan ini, kami percaya setiap generasi akan memainkan peranan penting dalam membina Singapura yang kita lihat hari ini.

“Inilah yang ingin kami persembahkan sambil membawa semua hadirin bersama-sama untuk meraikan identiti unik Singapura kita, mengejar impian kita dan memberi inspirasi antara satu sama lain untuk maju sebagai sebuah negara,” kata Leftenan Kolonel Kanan (SLTC) Chen Zhenhao, Pengerusi Jawatankuasa Persembahan.

Persembahan yang kembali ke Padang buat kali pertama sejak 2019 itu melibatkan 43 artis dan 2,400 penghibur di samping tiga filem pendek.

Mereka terdiri daripada pelajar dan kumpulan kemasyarakatan daripada Kementerian Pendidikan (MOE), Persatuan Rakyat (PA), SOKA Gakkai Singapore, Pasukan Nila dan Politeknik Temasek (TP).

Persembahan praperbarisan juga akan melibatkan 470 pelajar Sekolah Menengah Bedok View, Sekolah Menengah Deyi, Sekolah Menengah East Spring dan Maktab Rendah Victoria.

“Oleh kerana ruang tersedia di Padang tahun ini, kami memutuskan untuk menggunakan ruang itu sepenuhnya dengan unjuran lantai yang akan mencipta kesan tiga dimensi (3D) dan membawa penonton ‘berkunjung’ ke tempat seperti lautan, hutan dan langit,” kata Encik Royston Tan, Pengarah Kreatif The NDP 2023 Show, yang sebelum ini terlibat dalam NDP buat kali pertama pada 2020.


“Ia adalah yang pertama bagi NDP dalam mengemukakan bauan bunga dalam Babak Kedua. Apabila bunganya mekar, penonton akan dapat menghidu bau tembusu yang direka khas untuk NDP,” tambahnya.

Manakala bagi penonton di rumah, mereka boleh menjangkakan banyak ciri Realiti Terimbuh (AR) yang akan digunakan, lantas membolehkan mereka melihat pertindihan visual untuk melengkapkan persembahan.

Ketiga-tiga filem pendek pula bertujuan mencetus inspirasi kepada semua rakyat Singapura untuk memberikan yang terbaik dalam apa sahaja yang mereka lakukan ketika mereka mengatasi cabaran masa depan.

Di samping itu, ia turut menggalakkan mereka untuk meraikan dan memberi inspirasi kepada satu sama lain ke arah masa depan yang lebih cerah.

Filem pertama bertajuk Home, menampilkan warga Singapura seperti Encik Riduan Zalani, seorang pemain alat genderang berusia 37 tahun yang mengasaskan kumpulan alat genderang Nadi Singapura.


Dalam filem itu, penonton akan menyaksikan bagaimana beliau membawa impiannya melalui kreativitinya sambil berkhidmat kepada masyarakat pemuzik.

Sementara itu, filem kedua berjudul Passion menampilkan rakyat Singapura dalam mengejar impian dan keghairahan mereka manakala filem ketiga, Inspirasi, menyerlahkan aspirasi rakyat Singapura dan berkongsi kisah peribadi mereka kepada rakyat Singapura demi menyumbang kepada negara dengan cara mereka sendiri.


Sambutan Hari Kebangsaan juga akan diadakan di empat stadium – Stadium Bedok, Stadium Jurong West, Stadium Toa Payoh dan Stadium Woodlands – pada 5 hingga 6 Ogos dan di Our Tampines Hub (OTH) pada 6 Ogos, iaitu hujung minggu terakhir sebelum Hari Kebangsaan disambut pada 9 Ogos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >