Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bawa keceriaan kepada pesakit dengan makanan istimewa bagi raikan perayaan besar

Aug 7, 2020 | 4:32 PM
49387180-10a4-4a27-afdb-9d2866d243ea
- CGH

MERAIKAN perayaan ketika dirawat di hospital memang 'tidak asyik'. Oleh itu, Hospital Besar Changi (CGH) cuba menceriakan para pesakitnya dengan menghidangkan makanan istimewa sempena perayaan yang diraikan. Itulah yang dilakukan Cef Halijah Dahari bersama pasukannya dari Khidmat Makanan dan Dietik CGH yang sentiasa memikirkan makanan yang sesuai bagi pesakit mereka. Hidangan khas bagi menyambut Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Natal disediakan bagi pesakit. "Dengan melakukan demikian, saat-saat perayaan itu dibawa ke hospital agar pesakit boleh menikmati apa yang biasa dirasakan di rumah,'' kata Cef Halijah, yang telah bekerja di CGH selama 20 tahun. Contohnya, semasa Hari Raya Haji yang lalu, mereka telah menghidangkan nasi kuning, kacang panjang sambal dan kari ayam tomato. Selain dari rasa, hidangan khas itu juga memberikan keseimbangan dan zat-zat yang perlu bagi memenuhi keperluan pemakanan pesakit. Misalnya, kunyit serbuk digunakan dalam nasi kuning mempunyai antioksida yang boleh melindungi dari penyakit degeneratif dan keradangan, termasuk penyakit Alzheimer dan artritis. Khidmat Makanan dan Dietik CGH menyiapkan 380 hingga 400 hidangan makanan halal bagi setiap waktu makan. "Maklum balas adalah positig kerana kebanyakan pesakit berpuas hati dengan makanan yang disediakan, terutama makanan halal,'' katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg