Bawa kosmetik berjenama ke pasaran tempatan, Malaysia, Brunei, Indonesia
Premium
Bawa kosmetik berjenama ke pasaran tempatan, Malaysia, Brunei, Indonesia
Aug 4, 2019 | 5:30 AM
LUASKAN PASARAN: Cik Siti R. Habib dan suaminya, Encik Mohd Reza Vojodi, mengenalkan Note ke Singapura dan rantau Asia kerana percayakan kesesuaian warna dan bahan yang sesuai dengan kulit. - Foto ihsan SITI R. HABIB -
SEDANG sesetengah peminat seni kecantikan berjiwa usahawan menghasilkan produk rumusan sendiri, Cik Siti R. Habib memilih membawa kosmetik bersijil halal sedia ada tetapi belum dikenali di sini.
Beliau merupakan pembekal yang mengenalkan kosmetik berjenama Note, yang berasal dari Turkey (kini operasi berpangkalan di Paris, Perancis), ke Singapura dan seterusnya di rantau Asia Tenggara.

