Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

ARTIS INDONESIA

Bayaran bukan faktor utama bagi pelakon Reza Rahadian

Apr 17, 2023 | 05:30 AM



BEKERJA dalam industri seni memang tidak semudah mana. Inilah yang dirasakan pelakon Indonesia, Reza Rahadian, yang pernah berasakan jatuh bangun ketika memulakan kerjaya dalam bidang perfileman.



Meskipun begitu, Reza, 36 tahun, tetap memiliki rasa kecintaan terhadap pekerjaannya sebagai seorang pelakon, nyala rasa yang membuatnya kekal bertahan dalam bidang seni tanpa menjadikan isu bayaran sebagai ukuran dalam memilih projek.



Reza yang ditemui laman ANTV Klik malahan pernah berlakon dengan bayaran yang jauh di bawah tahapnya sebagai pelakon yang hampir dua dekad mewarnai industri perfileman Indonesia dan antarabangsa.



Menurutnya, beliau tetap menerima tawaran berlakon dalam projek berbajet rendah itu karena sangat suka dengan peranan yang diberi mahupun senang dengan orang-orang yang ditemuinya di set penerbitan filem itu.



"Saya secara jujur akan berkongsi bahawa terdapat beberapa filem yang saya kerjakan yang saya boleh kira bajetnya jauh lebih rendah daripada nilai dan 'harga' saya sebagai seorang pelakon," katanya ketika ditemui di XXI Epicentrum, Jakarta Selatan baru-baru ini.



"Tapi karena saya suka sangat dengan peranannya, jalan ceritanya atau gagasan pembikin filemnya, pengarah atau penerbitnya, saya ambil sahaja projek itu. Saya kerjakan sepenuh hati," jelas Reza yang berdarah Iran itu.



Reza mengaku sulit baginya untuk mengatakan bahawa jumlah bayaran menjadi faktor utama yang membuatnya tergerak untuk menerima sesuatu peranan.



Kerana terlalu cintakan dunia lakonan, bayaran menjadi faktor kedua buat Reza.



"Jadi memang saya sulit untuk beritahu bahawa bajet adalah faktor utama untuk menentukan saya ambil atau tidak peranannya. Ia terlalu berat buat saya.



"Kerana saya sudah melalui semua ini hampir 17 tahun lamanya, ada peranan yang saya ambil tetapi menawarkan bayaran sekian sekian yang mengejutkan ramai," katanya yang bakal muncul sempena tayangan Lebaran dalam filem Buya Hamka.



"Saya cintakan kerjaya saya. Jadi saya tak anggap ia sebagai pekerjaan yang membebankan. Ia hanya sebahagian hidup saya," ujar Reza.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >