Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

REVIU KONSERT

'Beatles Melayu' era baru, MASDO, beri hiburan 100 peratus

May 31, 2022 | 11:25 PM



NAMA kugiran Masdo dari seberang Tambak disebut-sebut beberapa teman yang mengikuti perkembangan band yang memajukan muzik genre pop 1960-an yang digubah mengikut cita rasa masa kini.



 Mereka memang mempunyai lautan pengikut yang ramai di Singapura. Apakan tidak? Tatkala berita mereka bakal membuat persembahan di Singapura diumumkan penganjur Pesta Raya iaitu pusat seni Esplanade, dengan sekejapan tiket laris dijual.



Ramai yang haru-biru kerana tidak dapat memperolehi tiket bagi konsert sulung Masdo yang dikenali kerana lagu Bunga Bercanda di Malam Indah dan Dinda.



Ini menyebabkan Esplanade dengan segera memenuhi cita rasa peminat yang awalnya kehampaan dengan mengalihkan konsert tersebut ke ruang lebih besar iaitu Dewan Konsert Esplanade.



Persembahan penutup tirai Pesta Raya pada Ahad (29 Mei) itu memang luar biasa mempesona.



Apakah Masdo ibarat 'Beatles' Melayu di alaf baru yang membuatkan ramai bak terperangkap dalam mesin kembara masa yang mengasyikkan?



Peminat muzik lama, Siti Aminah Ismail, 38 tahun, diberi kesempatan menyaksikan kumpulan Masdo beraksi.



Kata Siti Aminah yang menganjurkan acara hiburan buat artis legenda di Singapura dan Malaysia menerusi Wadah Seni Entertainment:



"Mula=mula mereka nampak macam kumpulan biasa-biasa sahaja tapi masuk sahaja ke dewan konsert, saya memang terperanjat sebab sambutannya luar biasa.



"Rata-rata peminat Masdo adalah anak muda yang sukakan muzik ala 1960-an," jelasnya.



Baginya, Masdo mempunyai daya persembahan yang berjaya menghidupkan suasana hingga buat kali pertama, Siti Aminah terlihat peminat yang bagaikan dilanda histeria yang selalu dikaitkan dengan era silam.



"Mereka menari, menyanyi dan terjerit-jerit memanggil 'Masdo', 'Masdo' 'Masdo'. Rata-rata tak mahu duduk. Mereka hanya nak berdiri dan menari. Saya belum lahir ketika irama pop yeh yeh rancak berkumandang dan menjadi fenomena.



"Agaknya macam ni sambutan buat pop yeh yeh!"



Tiada apa yang ingin dikecam mengenai konsert Masdo Upsized: Pesta Muda Mudi.



"Sejauh ini, inilah antara konsert bermutu yang pernah saya tonton. Saya juga suka permainan lampu yang mantap dan bunyian muziknya yang bertenaga berbanding konsert yang pernah saya hadiri sebelum ini," ujar Siti Aminah.



Sebagai penerbit program digital bernadikan nostalgia, ia juga sesuatu yang menyejukkan hatinya untuk melihat muzik era 1960-an dapat sampai ke hati penonton generasi muda.



"Walaupun ada yang kata lagu irama 1960-an ni macam lagu nak masuk Maghrib dan tak laku, ia tetap didengari dan mencetus ilham buat anak muda Generasi X dan Z," tambahnya.



Masdo ditubuhkan pada awal 2015 apabila Putuceri yang merupakan salah seorang ahli kumpulan ini mengajak Ali Sariah untuk kemba aktif dalam bidang muzik.



Setelah itu, mereka berdua mengajak Azham dan Asmawi untuk bersama dalam kugiran Masdo.



Kumpulan ini juga pada awalnya diberi nama The Lipstik namun dirombak semula dan sehingga kini menggunakan nama yang diberi iaitu Masdo.



Nama Masdo pula diilhamkan dari nama watak Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filem Do Re Mi yang mana beliau memegang watak sebagai Do atau Masdo dalam filem tersebut.



Media seberang pernah melaporkan Ali dan Putuceri juga sanggup melepaskan kerja tetap sebagai jurutera bunyi dan juruteknik bagi memberikan tumpuan kepada bidang muzik.



Patutlah bunyian Masdo memang 'power'!



Syabas buat Esplanade sebagai penganjur Pesta Raya kerana peka dengan cita rasa penonton dan membawa Masdo ke pentas Pesta Raya sebagai santapan halwa telinga.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >