'Beatles' M'sia, Masdo jerat anak muda dengan muzik pop-yeh-yeh
Premium
'Beatles' M'sia, Masdo jerat anak muda dengan muzik pop-yeh-yeh
Dec 2, 2022 | 5:30 AM
LEGA PEMINAT TIDAK JEMU: Kumpulan Masdo yang terdiri daripada (dari kiri) Putuceri, Ali Sariah, Asmawi serta Azham Ahmad (di belakang) mulanya bimbang kekerapan mereka hadir di Singapura - persembahan di Esplanade dan Suntec City sebelum ini - akan menjenuhkan peminat. - Foto BH oleh KHALID BABA -
HAMPIR dua minggu sebelum lagu baru mereka, Inilah Jalan-Nya, berkumandang di gedung digital dan wadah penstriman, band dengan konsep muzik 'orang lama', Masdo, menggegarkan The Star Theatre di Buona Vista.
Dalam konsert Malam Pesta Rock N' Roll anjuran SAH Enterprise, penangan muzik empat sahabat ini terhadap anak muda Singapura dapat dirasakan menyelinap di setiap sudut teater yang sarat dipenuhi penonton.

