Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

'Being the Ricardos' selamatkan kerjaya Nicole

Jan 15, 2022 | 5:30 AM
TEMUI CAHAYA PEMBANGKIT SEMANGAT: Di kala Nicole Kidman mula merasakan usia yang meningkat membuatkan kerjaya lakonannya merudum, beliau menangi Anugerah Golden Globe bagi filem 'Being The Ricardos' tentang pelawak yang disangka tidak laku kerana usia, Lucille Ball. - Foto AFP
TEMUI CAHAYA PEMBANGKIT SEMANGAT: Di kala Nicole Kidman mula merasakan usia yang meningkat membuatkan kerjaya lakonannya merudum, beliau menangi Anugerah Golden Globe bagi filem 'Being The Ricardos' tentang pelawak yang disangka tidak laku kerana usia, Lucille Ball. - Foto AFP -

TATKALA pelakon mapan Nicole Kidman yang sebelum ini digelar 'Ratu Filem' merasakan kerjaya lakonannya kian merudum kerana faktor usia, beliau mencipta sejarah di pentas Anugerah Golden Globe baru-baru ini. Menurut laporan Showbiz CheatSheet, Kidman, 54 tahun, yang dinobat sebagai Pelakon Wanita Terbaik (Filem Drama) bagi peranannya sebagai pelawak Lucille Ball dalam filem Being The Ricardos, merupakan pelakon wanita pertama membawa pulang piala Golden Globe bagi setiap dekad dalam 40 tahun.

Anugerah pertama diraihnya pada 1995 untuk To Die For. Ini disusuli dengan Moulin Rouge! pada 2001 serta The Hours pada 2002 dan Big Little Lies pada 2018.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg