Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas isteri ‘malukan’ Ben Affleck kerana lebih hebat bawa watak aksi

May 25, 2023 | 12:46 PM
BEN AFFLECK: Anggap bekas isteri, Jennifer Garner, lasak dan hebat dalam babak aksi.
BEN AFFLECK: Anggap bekas isteri, Jennifer Garner, lasak dan hebat dalam babak aksi. - Foto fail

MEREKA pernah dianggap pasangan selebriti yang ideal sehinggalah mereka mengumumkan perpisahan mereka yang mengejutkan ramai.

Namun, apabila ditanya tentang bekas isterinya oleh media Barat, Ben Affleck akan selalu menganggap Jennifer Garner sebagai pelakon aksi yang mampu memalukannya dalam babak aksi nekad.

“Jennifer memang lagi tangkas berbanding dengan saya dalam babak aksi. Kalau dia berlakon babak yang memerlukannya sepak terajang, dia boleh malukan saya. Saya kira ini adalah kerana latihannya dalam siri drama Alias yang memerlukannya lebih lasak dan terdedah pada babak bergasak,” jelas Affleck, 50 tahun, dalam laman MTV News.

Affleck dan Garner, 51 tahun, pernah berlakon dalam babak aksi bersama bagi filem Daredevil pada 2003. Affleck adalah Matt Murdock manakala Garner adalah Elektra, pakar seni mempertahankan diri.

Mereka yang berumah tangga selama 13 tahun kekal bersahabat kerana menguruskan bersama urusan persekolahan tiga anak mereka.

Laporan berkaitan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg