Pengguna Berdaftar
Bekas pramugara ceburi bidang imejan, analitik satelit
Feb 22, 2024 | 5:30 AM
Setelah 10 tahun bertugas sebagai pramugara, Encik Agil Basalamah, kini menceburi bidang imejan dan analitik satelit. Beliau berdiri di sebelah model satelit yang dilancarkan syarikatnya. - Foto BH oleh ADLI YASHIR KUCHIT
Encik Agil Basalamah pernah merentas udara sebagai pramugara Singapore Airlines, namun dek pandemik Covid-19, beliau terpaksa berpindah ke industri teknologi.
Kini, beliau berada dalam kerjaya yang berada di paras ‘lebih tinggi’ – di angkasa lepas.
Laporan berkaitan
Pupuk ilmu Stem dalam minda muda boleh buka pintu teroka angkasa lepas Feb 15, 2024 | 8:38 PM
Pesawat luncur atas air antara tarikan syarikat tempatanFeb 21, 2024 | 6:07 PM

