Premium
Belajar buat kek dan pastri taraf hotel
Jan 7, 2016 | 5:30 AM
CEF MIMI WAHADI: Selain mengajar cara membuat dan menghias kek logcake Red Blitz di rumah, beliau juga menganjurkan kelas di ToTT, gedung barangan dapur terbesar di Asia. - Foto NURMAYA ALIAS -
SESIAPA yang berminat menyiapkan kek dan pastri di rumah boleh mempertingkat kemahiran mereka dan mempelajari cara menyediakan kuih-muih bertaraf hotel melalui kelas anjuran Cef Mimi Wahadi.
Cef Mimi, pengasas dan konsultan cef syarikat runding cara The Bubbly Chef, kini bergabung tenaga dengan sebuah studio memasak, Baking Lab Pte Ltd, bagi mengajar pelbagai jenis pencuci mulut yang enak dan menawan seperti yang dihidangkan di hotel.

