Bazar tahunan ini kembali dengan lebih 500 reruai, termasuk 150 reruai makanan dan minuman yang menawarkan pelbagai hidangan tradisional dan moden.

Bagi memastikan harga dimampui, pengunjung boleh mencuba hidangan $3 yang tersedia di setiap reruai makanan dan minuman (F&B), termasuk pelbagai kuih-muih tradisional dan moden yang pasti menggamit selera.

Selain itu, persembahan harian oleh artis tempatan dan serantau serta hiasan lampu dengan ciri tradisional akan menceriakan lagi suasana perayaan Aidilfitri.