Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bella Astillah: Saya maafkan, tapi saya tak lupa

Pelakon M'sia Sophia Albarakbah didakwa ganggu rumah tangga Bella dan Aliff Aziz
Mar 30, 2023 | 5:30 AM
TIDAK BERULANG: Bella Astillah berharap kontroversi seperti ini tidak terjadi lagi dan beliau serta Aliff Aziz tidak mahu dikaitkan dengan Sophia AlBarakbah selepas ini. - Foto INSTAGRAM BELLA ASTILLAH
TIDAK BERULANG: Bella Astillah berharap kontroversi seperti ini tidak terjadi lagi dan beliau serta Aliff Aziz tidak mahu dikaitkan dengan Sophia AlBarakbah selepas ini. - Foto INSTAGRAM BELLA ASTILLAH -

BELLA Astillah, isteri pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz, berkata beliau telah memaafkan Sophia Albarakbah yang didakwanya cuba mengganggu keharmonian rumah tangganya.

Bagaimanapun, tegas Bella, ibarat parut, perbuatan Sophia akan terus kekal dalam ingatannya sampai bila-bila.

"Saya sudah pun memaafkan demi memperbaiki rumah tangga dan ketenangan diri walaupun sangat sukar.

"Justeru, saya banyak melakukan aktiviti bersama Aliff dan anak-anak. Dengan harapan, tidak akan ada lagi masalah yang timbul.

Namun, saya sedar tidak boleh lari kerana ujian akan datang berterusan. Jujurnya, saya sangat takut menghadapinya," katanya kepada BH Online.

Mengulas pengakuan Sophia yang mengatakan sudah memiliki teman lelaki, Bella mendoakan semoga hubungan itu kekal hingga ke syurga.

"Sebenarnya sama ada sudah memiliki teman lelaki atau wanita, ia sama macam kita sudah ada isteri atau suami.

"Boleh sahaja nak ada skandal lain, betul tak? Apapun semoga Sophia bahagia, kekal hingga ke jenjang pelamin dan jannah. Insya-Allah.

"Dan harapnya selepas ini tiada cerita sama timbul. Tetapi, apa yang mahu dilakukan di luar kemampuan kita," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim anjuran Universal Music Malaysia, semalam.

Ditanya apakah beliau bersedia untuk bekerjasama dengan Sophia pada masa akan datang jika diberi tawaran, Bella berkata beliau dan Aliff sudah tutup buku dan enggan dikaitkan dengan wanita itu.

"Saya dan Aliff sudah berbincang, malah suami menyatakan tidak akan bekerjasama dengan Sophia lagi.

"Sama dengan saya. Apapun, saya akan hentikan di sini," ujarnya.

Kontroversi mula tercetus apabila Bella mendedahkan seorang pelakon wanita berkali-kali membuat panggilan telefon dan menghantar pesanan kepada suaminya sehingga menggugat keharmonian rumah tangganya.

Bagaimanapun, Bella tidak mendedahkan identiti pelakon tersebut.

Namun warganet mula menyerang Sophia dalam Instagram sehingga memaksa pelakon itu mengehadkan ruangan komen.

Pada 1 Februari lalu, Aliff mengesahkan wanita yang didakwa mengganggu rumah tangganya adalah Sophia Albarakbah yang juga heroin gandingan dalam drama bersiri, Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

"Saya sudah pun memaafkan demi memperbaiki rumah tangga dan ketenangan diri walaupun sangat sukar. Justeru, saya banyak melakukan aktiviti bersama Aliff dan anak-anak. Dengan harapan, tidak akan ada lagi masalah yang timbul." - Bella Astillah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg