Topik diikuti
Pergi ke BHkuBelum bersara bukan kerana nama
Premium
Belum bersara bukan kerana nama
Ramli Sarip, pada usia persaraan, menyambut 45 tahun kerjaya dalam muzik menerusi konsert
Sep 24, 2014 | 11:03 AM
Belum bersara bukan kerana nama
PEGANGAN RAMLI: Untuk bertahan dalam muzik, Ramli Sarip yang pernah menganggotai kumpulan Sweet Charity (gambar atas) mengamalkan sikap terbuka menerima idea pemuzik muda. - Foto KHALID BABA -
MENITI usia 62 tahun ibarat menyeberangi pulau persaraan yang sangat didambakan mereka yang selama ini berhempas pulas mencari rezeki buat keluarga dan membina kerjaya.
Tetapi Papa Rok, Datuk Ramli Sarip, yang telah berkecimpung dalam dunia seni muzik selama empat dekad, hampir tidak dapat membayangkan detiknya jika sampai waktu beliau bersara biarpun hakikatnya beliau hanya membilang hari untuk mencapai usia persaraan.
