Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Belum pun tayang di M’sia filem aksi ‘Walid’ bakal ditonton di AS

Jul 17, 2023 | 05:00 AM



Belum pun ditayangkan di Malaysia, filem bergenre aksi berjudul Walid bakal ditayangkan di dua pawagam di Amerika Syarikat, mulai penghujung bulan ini.


Pengarah dan pelakon, Megat Sharizal, menzahirkan perasaan bangga apabila filem pertama yang mengetengahkannya sebagai pelakon utama berjaya menembusi pasaran luar negara terlebih dahulu.

Walid arahan sutradara Areel Abu Bakar akan ditayangkan di Cinema Village, New York, antara 28 Julai dengan 3 Ogos dan Laemmle Glendale, Los Angeles antara 11 dengan dengan 17 Ogos ini.


Cinema Village dan Laemmle Glendale adalah pawagam di Amerika yang khususnya mengetengahkan filem indie bebas dan provokatif dari seluruh dunia.

Megat menambah beliau teruja dapat berkongsi keunikan budaya tempatan pada masyarakat luar dan berharap ia boleh membuka mata terhadap mutu karya tempatan.

Walid arahan Areel – yang juga pengarah filem Geran – adalah filem keduanya. Ia akan ditayangkan di pawagam di Malaysia pada 14 September.


“Istimewanya, sebelum itu, filem Walid akan ditayangkan di dua pawagam di Amerika.


“Dua pawagam ini banyak menayangkan karya antarabangsa yang unik. Pihak pawagam sememangnya mencari filem unik dan mereka menghubungi Areel selepas Geran diterima baik di Amerika.


“Ketika Geran ditayangkan di Festival Filem Asia New York (NYAFF) Ke-19, dua tahun lalu, karya itu menerima Anugerah Daniel A Craft atas kecemerlangan dalam filem bergenre aksi.


“Jadi, pihak pawagam yang menggemari filem berkaitan seni pertarungan berasakan Walid antara filem unik dan menarik perhatian.


“Dari awal tahun lagi pihak pawagam meminta Walid ditayangkan di Amerika,” katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM).


Kata Megat, filem terbitan Layar Pictures itu mengetengahkan isu yang jarang diperkatakan, iaitu pemerdagangan manusia.

“Selain isu pemerdagangan manusia, filem ini juga padat dengan aksi yang mana ia mengetengahkan seni silat. Semua pelakon yang terbabit mempunyai asas dalam ilmu persilatan, termasuk saya.

“Malah, filem ini juga dibintangi oleh pelakon bukan konvensional. Itulah keunikan yang saya rasa Areel mahu tonjolkan dalam filem ini.

“Dalam masa yang sama memberikan hiburan, ada mesej dalam filem ini yang sangat serius.

“Ini adalah kali pertama saya membawa watak utama dalam filem. Saya memang berbesar hati dengan peluang ini apabila kali pertama diberikan tanggungjawab menghidupkan watak aksi,” katanya.

Megat melakonkan watak seorang guru kepada pelajar kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen. Pada masa yan sama, tempatnya mengajar mempunyai sindiket pemerdagangan manusia.

Selain Megat, Walid dibintangi pelakon seperti Nam Ron, Qaseh Izwandy, Fad Anuar, Yusran Hashim dan ramai lagi.


Megat ditemui pada majlis pelancaran Pesta Filem dan Anugerah Antarabangsa Asean (AIFFA) 2023 di Pawagam Jalan Ampas, Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) baru-baru ini.

Beliau hadir bagi memberi sokongan pada AIFFA 2023 yang kembali diadakan secara fizikal antara 2 dengan 4 Ogos ini di Kuching, Sarawak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >