Premium
Ben Nathan dapat semangat pulih kehidupan
May 24, 2017 | 5:30 AM
BERSINAR SEMULA: Ben Nathan beroleh kekuatan sebaik sahaja mendapat dorongan peminat yang memberi tepukan dan sorakan ketika beliau menyampaikan lagu Tak Mungkin, Ilusi Satu Penantian dan Stanza Sepi Sekeping Hati dalam Konsert Kasih & Harapan Ben Nathan. - Foto BHM -
EMPAT bulan selepas ditemui hidup bergelandangan di jalan raya di Kuala Lumpur, penyanyi pop 1980-an, Ben Nathan, mengembalikan sinarannya semula sebagai bintang Ahad lalu.
Beliau muncul dalam Konsert Kasih & Harapan Ben Nathan di Saloma Bistro di Kuala Lumpur, yang dianjur bagi mengembalikan semangatnya dalam bidang seni.

