Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Berapa nak sumbang kepada ibu bapa?

Nov 21, 2023 | 05:30 AM



Pernah tak anda terfikir berapa sumbangan yang wajar untuk diberi kepada orang tua kita? Adakah $200, atau $300, atau lebih? Tia dan Tio pun terfikir-fikir juga... Untuk soalan kali ini, Tia dan Tio dapatkan jawapan dan penerangan daripada seorang Ustaz dan seorang perunding kewangan.

SOALAN: Sebagai anak muda yang baru mula bekerja, berapakah jumlah yang wajar saya beri kepada ibu bapa saya? Berapakah yang harus diketepikan atau adakah kadar pasaran yang boleh saya ikut?


Menurut, Ketua Jabatan & Pegawai Kanan Agama Masjid An-Nur, Ustaz Muhammad Zuhaili Md Yusof, yang pakar dalam Pembelajaran Islam & Dakwah, anak muda yang baru bekerja perlu bijak membuat perancangan kewangan bagi masa depan tanpa mengabaikan kewajipan membalas budi ibu bapa.

“Wang yang diberikan itu boleh bantu untuk menampung perbelanjaan harian dan bil perubatan ibu bapa anda. Tetapi, jika anda tidak mampu untuk memberi jumlah tersebut, berikan sekadar apa yang mampu, asalkan ia boleh bantu untuk meringankan beban mereka. Walaupun jumlahnya kecil, pemberian ini menunjukkan anda prihatin tentang mereka,” kata beliau.

Menurut perspektif alternatif pula, Perunding Kewangan daripada syarikat Income Insurance, Encik Hanafi Zulkafle, mengesyorkan cara yang boleh membantu dalam peruntukkan wang yang dikenali sebagai Peraturan Belanjawan atau ‘Budgeting Rule’.

“Pelbagai peraturan, seperti ‘50/30/20’ atau ‘40/30/20/10’ wujud. Secara peribadi, saya mematuhi Peraturan ‘50/30/20’, yang membahagikan perbelanjaan kepada tiga kategori: memperuntukkan 50 peratus kepada ‘keperluan’, 30 peratus kepada ‘kehendak’ dan 20 peratus kepada ‘simpanan’. 

“Rangka kerja ini berfungsi sebagai garis panduan yang berguna untuk mengurus kewangan. Untuk memasukkan wang yang anda berikan kepada ibu bapa anda, pertimbangkan untuk memasukkannya ke dalam 50 peratus yang ditetapkan untuk ‘keperluan’.

“Kemudian, dalam kategori ‘keperluan’, tentukan peratusan munasabah untuk diperuntukkan bagi memastikan kewangan itu dapat menyokong ibu bapa anda,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >