Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Beras hitam punya khasiat amat tinggi

Sep 9, 2020 | 5:30 AM
DI SEBALIK TABIR: Inilah merupakan kakitangan Farlee Pte Ltd. (Dari kiri, belakang) Pengurus Penjualan, Encik Kesoh Kumar; Encik Amir Jaslyn, (Dari kiri bawah), Encik Mark Low, Encik Low Lee Yong dan Cik Candice Lee.
DI SEBALIK TABIR: Inilah merupakan kakitangan Farlee Pte Ltd. (Dari kiri, belakang) Pengurus Penjualan, Encik Kesoh Kumar; Encik Amir Jaslyn, (Dari kiri bawah), Encik Mark Low, Encik Low Lee Yong dan Cik Candice Lee. -

MEMANG bukan kebiasaan orang kita untuk membeli beras hitam apabila kita ternampak beras ini dijual di pasaran.

Ini kerana sejak kecil lagi kita dibesarkan dengan memakan beras putih.

Namun tanpa diketahui ramai beras hitam sebenarnya mempunyai kandungan khasiat yang amat tinggi.

Ia mempunyai antioksidan yang tinggi, kesan anti-barah, membantu dalam melindungi daripada penyakit jantung, memperbaiki fungi otak, mengurangkan keradangan (inflammation) dan melindungi retina daripada kemungkinan dirosakkan oleh radikal bebas.

Demikian menurut perkongsian usahawan beras Farlee Pte Ltd, Encik Mark Low dalam episod terkini podcast #NoTapis.

Malah beliau berkata beras hitam ini dikhususkan hanya untuk golongan di-Raja sahaja.

"Di China pada zaman dahulu, beras hitam dikenali sebagai beras 'terlarang'. Ia sungguh unik dan amat berkhasiat sehingga ia dilarang untuk dimakan semua orang kecuali golongan di Raja," ujarnya.

Encik Low turut menambah beras hitam ini bebas gluten, dan merupakan sumber yang baik untuk protin, fiber dan zat besi, selain membantu dalam mengurangkan berat badan dan kurangkan kadar gula dalam darah.

Menceritakan tentang asal usul syarikatnya itu, Encik Low berkata ia bermula daripada bapanya, Encik Low Lee Yong yang sebelum ini pernah bekerja di antara pasaraya terbesar di Singapura sebelum menceburi bidang ini dengan menjualnya secara borong kepada restoran dan tempat makan sekitar 13 tahun lalu.

Nama Farlee juga merupakan gabungan nama ayah dan ibunya. Ibunya bernama Cik Fatimah Faridah.

Menyentuh tentang jenis beras, selain beras hitam, syarikatnya turut menjual beberapa jenis beras berkhasiat yang lain.

Ini termasuk beras merah, beras perang dan campuran beras perang.

Menurut Encik Low, beras basmati, yang turut dijualnya, juga kini semakin popular dalam kalangan masyarakat Melayu.

"Beras basmati mempunyai indeks glycemic antara rendah dan sederhana, justeru ia merupakan versi lebih sihat berbanding beras wangi putih jasmine yang biasa.

"Kini kian ramai yang menggunakan beras basmati dengan nasi lemak atau nasi biryani," katanya.

Indeks Glycemic lebih rendah bermakna ia tidak akan menyebabkan kandungan gula dalam darah melonjak terlalu tinggi lantaran itu, boleh membantu dalam mengawal tahap gula dalam darah selain membuat seseorang berasa lebih kenyang bagi tempoh lebih lama.

Selain Encik Low, seorang lagi kakitangan syarikat itu, Encik Amir Jaslyn, pengurus logistik turut mengongsi pengalamannya memakan beras hitam dalam podcast tersebut.

"Pada mulanya memang nampak pelik tetapi sebenarnya dari segi rasa, sama saja.

"Malah baunya selepas dimasak, sama macam bau pulut hitam.

"Cuma beras hitam, ia lebih kenyal tetapi memang berkhasiat. Dan bila dicampur dengan kuah pun, masih tetap sedap," katanya lagi.

Seorang lagi kakitangan, Cik Candice Lee, pengurus besar penjualan luar negara berkata dengan mengamalkan memakan beras berkhasiat, beliau mampu mengurangkan berat badannya.

"Memang saya suka makan nasi putih, seperti kita semua. Tapi mendengar khasiat mengenai beras lain, saya cuba juga campuran beras perang.

"Tak sangka berat badan saya benar-benar turun dari 52 kilogram, sekarang 48 kilogram,"katanya.

Bagi mereka yang ingin mencuba pelbagai jenis beras berkhasiat ini, kini Farlee mempunyai satu set sihat baru dikenali sebagai Tasty, yang merangkumi kesemua lima beras khasiat dalam pek 1 kilogram.

Setiap set Tasty berharga $21.80 dengan penghantaran percuma ke rumah.

Jika anda berminat untuk mencubanya, anda boleh membelinya di laman Farlee - https://rice-and-shine.com/

Ia tidak dijual di pasaraya setempat.

Untuk mendengar lebih lanjut, penjelasan daripada Encik Low, anda boleh dengar podcast #NoTapis di Spotify.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg