Bergambar dengan watak Baby Shark, Mr Kiasu di K!DZ POP CON Asia 2025
Pengguna Berdaftar
Bergambar dengan watak Baby Shark, Mr Kiasu di K!DZ POP CON Asia 2025
Jun 11, 2025 | 4:29 PM
Kanak-kanak berpeluang bertemu dan bergambar dengan maskot di acara K!DZ POP CON Asia 2025 pada 21 dan 22 Jun di Pusat Konvensyen dan Ekspo Sands. - Foto SPEEDKNIGHT
Sambut ulang tahun Baby Shark dan bergambar bersama watak Mr Kiasu di acara K!DZ POP CON Asia 2025, yang menawarkan pelbagai kegiatan menarik untuk seisi keluarga semasa musim cuti sekolah ini.
Pengunjung ke acara di Pusat Konvensyen dan Ekspo Sands pada 21 dan 22 Jun itu akan dapat mengambil gambar bersama Baby Shark sempena ulang tahunnya yang ke-10, dan berpeluang memenangi hadiah menarik dalam acara cabutan bertuah.

