Premium
Beri khidmat gunting rambut percuma bagi golongan susah
Usaha kedai gunting rambut Atatcutz sumbang semula kepada masyarakat
Sep 21, 2018 | 5:30 AM
GUNTING AMAL: Encik Effendy Ali (kanan, berbaju warna jingga) menggunting rambut pelanggan di kedai gunting lelaki Atatcutz Singapore di Simpang Bedok. Beliau membuka kedai itu November lalu dan sejak itu telah menyertai beberapa acara gunting rambut amal buat golongan berpendapatan rendah. - Foto ATATCUTZ SINGAPORE -
DI ANTARA deretan kedai makan di Simpang Bedok terletak sebuah kedai gunting rambut milik anak Melayu setempat, Atatcutz Singapore.
Seperti kebanyakan kedai gunting, Atatcutz - yang diuruskan Encik Effendy Ali sejak hampir setahun lalu - menawarkan khidmat menggunting, mewarna dan menggaya rambut.

