Pengguna Berdaftar
Beri ruang artis jadi manusia biasa
Video tular Siti Nurhaliza bawa anak ke pasar malam bukti selebriti enggan dibelenggu ikatan glamor
Feb 19, 2024 | 5:30 AM
Kecoh seisi alam dalam talian apabila tular video penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, berjalan-jalan di pasar malam di Kuala Lipis, Pahang, bersama kedua-dua anaknya, Siti Aafiyah Mohd Khalid dan Muhammad Afwa.
Video yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok milik warganet bernama Faizah Faizal itu menarik perhatian puluhan ribu orang bahkan dikongsi secara meluas dan turut dijadikan kandungan liputan berita bagi media seberang.
Laporan berkaitan
Antara artis beradab dan selebriti biadab...Feb 8, 2024 | 12:08 AM
Mengapa filem Bollywood kini lesu, susah pancing penonton?Feb 2, 2024 | 6:00 PM

