Topik diikuti
Pergi ke BHkuBeri sokongan kepada kaum ibu pemberi susu badan
PEJUANG PEMBERI SUSU BADAN: Cik Rahayu Mahzam (kanan, bertudung) beramah mesra dengan peserta acara penyusuan bayi secara serentak atau Big Latch On di Hospital Universiti Nasional baru-baru ini. - Foto BH oleh ZALEHA ABDUL KADER -
Aug 8, 2018 | 5:30 AM
SEJURUS selepas beliau melahirkan, doktor dan jururawat mengusulkan agar Cik Far'ain Jaafar memberikan bayinya susu formula.
Ini kerana beliau berada di wad berbeza dengan bayinya dan perlu berulang-alik bagi membolehkan bayinya mendapat susu ibu.
