Bernostalgia bersama Sanisah dalam sesi terakhir '90 Minit Bersama...'
Premium
Bernostalgia bersama Sanisah dalam sesi terakhir '90 Minit Bersama...'
Sep 25, 2019 | 5:30 AM
SANISAH HURI: Biduanita unggul Singapura ini amat menghargai peluang bersama peminatnya dan turut berterima kasih kepada mereka kerana berterusan memberikannya sokongan padu sejak dulu lagi. - Foto ihsan SANISAH HURI -
BAGI sesi terakhir acara '90 Minit Bersama..." anjuran Berita Harian (BH) dengan kerjasama Persatuan Karyawan Muzik Melayu Singapura (Perkamus) dan Wisma Geylang Serai (WGS), peminat berpeluang bernostalgia bersama biduanita unggul Singapura, Sanisah Huri.
Lagu-lagu hit-nya seperti Si Baju Hijau, Siapa Gerangan, Sejak Ku Bertemu Padamu dan Kasih masih lagi digemari ramai dan berkumandang sehingga kini.

