Topik diikuti
Pergi ke BHkuBerusaha ubah tanggapan negatif
*Mereka datang daripada keluarga yang sederhana. Tetapi semangat kental yang mereka paparkan untuk mengubah kehidupan dan juga persepsi mengenai masyarakat Melayu amat mengagumkan. Siapakah mereka? Shahida Sarhid (sshahida@sph.com.sg) meninjau. *Mahasiswi Kolej Yale-NUS tekun belajar kerana ingin daki tangga kejayaan
Apr 24, 2015 | 6:19 AM
Berusaha ubah tanggapan negatif
SEMANGAT mahu membetulkan tanggapan negatif terhadap masyarakat Melayu membara dalam diri Cik Saza Faradilla Zain, seorang mahasiswi Kolej Yale-NUS.
Menurutnya, semasa menuntut di Maktab Rendah Meridian, ramai temannya berkata beliau merupakan teman Melayu pertama mereka.