Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Beto lakukan sendiri aksi ngeri untuk drama

Nov 24, 2021 | 05:30 AM



PETALING JAYA: "Ini bukan penanda aras."



Itu antara respons aktor popular, Beto Kusyairy selepas video memaparkan aksinya melakukan aksi lagak ngeri dengan membakar diri tular dalam media sosial.



Kata Beto atau nama sebenarnya Nurkusyairy Zakuan Osman, 41 tahun, beliau melakukan aksi mendebarkan tersebut atas kehendak sendiri walaupun pelakon tambahan untuk lagak ngeri sudah disediakan pihak produksi.



"Penerbit sudah menyediakan individu yang memang pakar dalam hal ini iaitu sekumpulan pelakon aksi lagak ngeri profesional untuk melakonkan watak saya.



"Tetapi saya meminta untuk melakukannya sendiri, kenapa? Adalah sebabnya," katanya tanpa mendedahkan tindakan memberanikan dibakar hidup-hidup untuk sebuah adegan dalam drama bertajuk Halimun.



Aktor yang turut terkenal menerusi filem Istanbul Aku Datang itu bagaimanapun enggan menjadikan aksi bakar diri penanda aras untuk diiktiraf sebagai pelakon hebat.



Katanya, sebelum melakukan aksi tersebut, beliau juga sudah membuat persediaan dengan mempelajari ilmu dan teknik yang betul sebelum membakar diri sendiri.



"Aksi ini bukan bermakna seorang pelakon memang kena lakukan babak-babak berisiko tinggi sebegini sendiri untuk diangkat menjadi aktor yang baik atau kononnya 'pelakon sebenar'.



"Aku ulang, ini bukan penanda aras dan tak perlu. Aku buat permintaan ini bukan buta kosong sahaja. Perlu belajar ilmu dan fahami teknik untuk lakukan aksi begitu, kena ada pengawasan dan penyeliaan ketat oleh mereka yang pakar. Selain itu, saya juga perlu lulus ujian daripada mereka yang pakar dan paling penting keyakinan terhadap kemampuan diri, bukannya berani bodoh. Selainnya ialah doa, fokus dan ketenangan," jelasnya, lapor K!ONLINE.



Menjengah dalam ruangan komen hantaran Instagramnya, rata-rata selebriti tanah air lain turut menitipkan rasa kagum dan respek dengan keberanian Beto melakukan aksi ngeri tersebut.



"Segalanya dirancang rapi bukan main terjah. Bangga dengan awak," puji aktres Fauziah Nawi.



Ahad lalu, nama Beto menjadi bualan 'netizen' khususnya dalam Twitter selepas aktres Nabila Huda memuat naik video Beto membakar diri dalam salah satu babak untuk drama Halimun.



"Ini Beto Kusyairy ya semua. Pelakon sebenar begini perlukan sejuta pengikut ke? Kalau tiada yang menghargai bakatnya, tak tahulah nak cakap apa, dia ialah salah seorang pelakon hebat," ciapnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >