Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Betulkan struktur tulang antara bidang lanjut diteroka finalis Suara 2.0

Jan 17, 2022 | 05:30 AM



Hampir setahun yang lalu mereka bertanding dalam peraduan adu bakat Wisma Geylang Serai (WGS), Suara 2.0. Sejak itu, beberapa orang daripada finalis peraduan tersebut rancak membina kerjaya dalam bidang nyanyian mahupun lakonan. Ada juga yang menebar minat untuk teroka bidang lain di luar cabang seni. BERITA HARIAN melaporkan.




SELEPAS terlabuhnya tirai peraduan adu bakat Suara 2.0, bermacam perkara yang dicuba finalisnya.



Kebanyakannya masih lagi melibatkan diri dalam kegiatan seni, baik menyanyi mahupun berlakon.



Ada juga yang menemui nyala rasa pada bidang lain yang jauh berbeza iaitu membetulkan semula struktur tulang pesakit atau bone setting.



Ikuti wawancara bersama pemenang ketiga Suara 2.0, Muhammad Fairus Adam, 38 tahun, yang juga juara Kejohanan Karaoke Sedunia (KWC) 2015 dan finalis Zul Nor Farahin, 31 tahun.



SOALAN (S): Apakah yang diusahakan Fairus selepas tamatnya Suara 2.0?



FAIRUS: Saya terlibat dalam beberapa persembahan Wisma Geylang Serai (WGS) serta diundang menjadi juri pertandingan dalam talian seperti bagi aplikasi karaoke Smule dan Bigo Live.



Saya juga terlibat untuk menjadi pengadil pertandingan antarabangsa, baik untuk orang dewasa atau kanak-kanak seperti i-SiNG World di mana saya perlu menyaring 25 atau 26 peserta.



Selain itu, saya juga sibukkan diri dengan menjadi pengacara bagi acara kebudayaan di Kelab Masyarakat Gek Poh Ville.



Itulah kali pertama saya mengacara dalam program digital dan pelajari tentang skop penerbitan program digital. Kebiasaannya, saya mengacara buat program 'live' ataupun di majlis kahwin.



S: Apakah Zul menemui kerjaya baru selepas Suara 2.0? Bagaimana segalanya bermula dengan bidang yang jauh beza daripada bidang seni yang dicintai?



ZUL: Sebenarnya, dari usia belasan tahun, saya aktif bermain bola dan biasanya mengalami kecederaan tulang atau terseliuh sampaikan perlu gunakan topang ke mana-mana.



Maka, ibu saya bawa saya ke Larkin di seberang Tambak untuk jalani perubatan dan rawatan membetulkan tulang.



Beberapa kali berulang-alik ke sana sampai boleh jalan dengan betul. Tetapi saya merasakan saya perlu belajar sendiri teknik membetulkan tulang.



Dari situ, minat dah ada untuk membantu orang. Saya, bagaimanapun, bertugas sebagai jurulatih bola sepak. Hinggalah selepas tamat Suara 2.0, saya mengambil keputusan mempelajari lagi teknik membetulkan tulang melalui usaha mengambil kursus pemerkasaan diri.



Dari situlah saya membangunkan syarikat saya sendiri yang menawarkan khidmat pembetulan tulang, 'Bone Setting SG' yang bergerak di dua cawangan, Mega@Woodlands dan Centropod@Changi (untuk pelanggan wanita).



Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Ada beberapa orang pun kenali saya menerusi Suara 2.0 dan melanggani khidmat saya.



Saya tidak kuburkan cinta saya pada seni atau latihan bola sepak. Kalau ada rezeki, saya akan kembali melatih pelajar dalam sukan bola sepak.



Saya hanya merasakan buat masa ini, saya ingin menyumbang kepada masyarakat menerusi kemahiran membetulkan tulang ini.



S: Apakah nasihat Fairus buat bakat baru yang menyertai Suara 3.0?



FAIRUS: Saya dapati bakat baru yang memasuki pertandingan nyanyian kini sudah sediakala tahu apa yang mereka perlu lakukan.



Mereka lebih bersedia daripada remaja zaman saya dahulu ketika kami masuk bertanding. Mereka sudah mengkaji kesesuaian suara mereka buat lagu apa. Tak sama seperti saya dan kohort saya dahulu yang masih tercari-cari apa yang ingin disampaikan.



Apa yang boleh saya usulkan adalah agar mereka mengambil serius kelas vokal dan muzik yang perlu dihadiri semasa latihan bersama pengadil seperti Kak Ann Hussein.



Anak muda sekarang berbakat. Genre muzik mereka rencam. Tak semua pilih rok atau balada. Ada yang suka lagu jaz. Nampak menyegarkan.



Mereka yakin dan tidak takut atau malu seperti saya dahulu. Mereka juga tidak takut menukar sesuatu lagu untuk menjadi genre lain berkat kreativiti mereka.



Harapan saya peserta Suara 3.0 dapat dengar dan hadam pandangan dan maklum balas pengadil. Jangan terlalu banyak berfikir atau tertekan.



S: Dalam bidang seni apakah yang ingin diusahakan Zul?



ZUL: Saya berharap dapat bekerjasama dengan Apak Harry Khalifah dari Malaysia untuk ciptakan lagu buat saya. Saya gemar lagu-lagu ciptaannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >