Premium
Beyonce lahirkan bayi kembar
Jun 21, 2017 | 5:30 AM
TERUJA: Beyonce dan suaminya, Jay Z, dikatakan sangat teruja dengan kelahiran bayi kembar mereka. Mereka mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun. - Foto INSTAGRAM BEYONCE -
PENYANYI Beyonce selamat melahirkan sepasang bayi kembar pada Ahad, menurut laporan media Amerika Syarikat.
Berita itu didedahkan oleh majalah People dan US Weekly sebelum E! melaporkan Beyonce dilihat berada di hospital pada Khamis lalu.

