Premium
Bercita-cita jadi ketua di bank bagi galak inovasi
Sep 30, 2018 | 5:30 AM
BERJAYA MENDAPAT BIASISWA: Encik Noor Rifat (tiga dari kiri) bersama Encik S. Iswaran (dua dari kiri), serta bapanya, Encik Abdul Malik, seorang pengurus projek; ibunya, Cik Habila Barvin, suri rumah; dan adiknya, Mohamed Miqdaad. - Foto IMDA -
DENGAN minat mendalam dalam bidang analitik data dan perbankan, Encik Noor Rifat bercita-cita menjadi ketua di bank bagi menggalak inovasi.
Kecenderungannya dalam bidang itu mendorong Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA) memberinya Biasiswa Politeknik Infokom Bersepadu yang membiayai yuran pembelajarannya semasa mengikuti kurus diploma dalam Infomatik Kewangan di Politeknik Ngee Ann selama tiga tahun.

