Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bila patut guna bahan pelindung matahari

Patutkah ia digunakan meski cuaca mendung atau gerimis? Pakar penjagaan kulit, Shinji Yamasaki, berikan jawapan
Sep 24, 2025 | 2:59 PM
suncreen, ultraviolet, UVA, UVB
Apabila langit mendung, mungkin kelihatan seolah-olah sinaran matahari tidak menembusi, namun kededua sinar ultralembayung A (UVA) dan UVB masih boleh menembusi awan. - Foto ST

Walaupun ia mungkin kelihatan seperti sinaran matahari terhalang apabila langit mendung, kededua sinaran ultralembayung A (UVA) dan UVB masih boleh menembusi awan – kadangkala sehingga 80 peratus daripadanya dapat menembusi awan. 

Tahap perlindungan yang diberikan oleh awan bergantung pada jenis, ketumpatan, dan jumlahnya, tetapi secara umumnya hanya menapis cahaya yang boleh dilihat, itulah sebabnya hari kelihatan lebih gelap.

Sinar ultralembayung, terutamanya UVA, mempunyai gelombang yang lebih panjang dan mampu menembusi awan.

Dalam beberapa kes, awan boleh menyebarkan sinar UV, yang berpotensi membuat anda terdedah dengan cara yang tidak dapat diramalkan.

Sinar UVA dan UVB kededuanya menyebabkan kerosakan pada kulit, walaupun dengan cara yang berbeza.

Sinar UVA menembusi lebih dalam ke lapisan dermis (tisu kulit), di mana ia merosakkan kolagen dan elastin.

Secara beransur, ini menyumbang kepada penuaan pramatang, garis halus, kedutan, dan peningkatan risiko barah kulit. 

Sinar UVB, walaupun tidak menembusi sedalam UVA, adalah penyebab utama kulit terbakar akibat matahari dan juga memainkan peranan dalam penuaan serta menyebabkan barah.

Walaupun matahari tidak kelihatan, sinar UVB masih boleh mencapai kulit anda dan menyebabkan kulit terbakar, terutamanya apabila terdedah lama di luar rumah.

Itulah sebabnya pelindung matahari tetap menjadi bahagian penting dalam rutin penjagaan kulit anda, tidak kira cuaca.

Pada hari yang lembap atau semasa hujan, bahan pelindung matahari kalis air adalah pilihan yang terbaik. 

Ia tidak akan terasa berat pada kulit dan akan kekal berkesan walaupun dengan kelembapan di udara.

Anda perlu menggunakannya seperti biasa pada hari yang cerah dan menyapu semula setiap beberapa jam, terutamanya jika anda berada di luar atau terdedah kepada air atau peluh. 

Sebagai kesimpulan, penggunaan bahan pelindung matahari secara konsisten adalah salah satu cara paling mudah dan paling berkesan untuk melindungi kulit anda setiap hari.

Artikel ini hasil tulisan pakar penjagaan kulit, Encik Shinji Yamasaki, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasa bersama RE:ERTH. Ia disiarkan kali pertama dalam majalah Her World Singapore.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg