Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bilangan pelancong Muslim ke Jepun bertambah dorong ANA tawar menu halal

Jun 25, 2015 | 09:02 PM



BILANGAN pengunjung ke Jepun dari negara-negara majoriti Muslim seperti Indonesia dan Malaysia telah meningkat, justeru syarikat penerbangan Jepun ANA telah memperluaskan menu halalnya untuk memenuhi keperluan pengunjung tersebut.


Pengumuman itu bertepatan dengan pelancaran penerbangan harian ANA ke Kuala Lumpur dari Tokyo bermula September ini, sebahagian daripada usaha untuk memperluaskan rangkaian penerbangan antarabangsa dan mengalu-alukan lebih ramai pelawat ke Jepun.


Menurut ANA, bilangan pengunjung Muslim Indonesia dan Malaysia ke Jepun masing-masing meningkat sebanyak 33.4 peratus dan 16.1 peratus bagi tempoh Januari hingga Mei lalu, manakala bilangan dari Singapura meningkat 35.1 peratus.


Sejak Januari tahun ini, ANA telah berkerjasama dengan Brahim Holdings Berhad (Brahim's), sebuah syarikat yang berpangkalan di Malaysia dan penyampai terbesar makanan halal, untuk menyediakan menu halal bagi penerbangan itu.


Bermula 1 Julai ini, ANA akan menawarkan kari ayam ala Jepun yang disahkan halal hasil kerjasama dengan Brahim sebagai salah satu pilihan makanan ringan.


Pilihan tersebut akan disediakan dalam penerbangan Kelas Pertama antara Tokyo, Eropah dan Singapura, Kelas Pertama dari Tokyo ke Amerika Utara, dan juga laluan Tokyo-Kuala Lumpur yang bakal dilancarkan September tahun ini.


Mulai September pula, penerbangan tersebut bakal menawarkan teh hijau Sunpu Aoido Shizuoka yang telah menerima sijil halal bagi penumpang kelas bisnes dan ekonomi.


Kesemua makanan di penerbangan dari Kuala Lumpur-Tokyo telah mendapat sijil halal.


"Bagi pihak ANA, kami bangga dengan perhatian dan perincian yang dapat kami berikan demi untuk menyampaikan hospitaliti," kata Encik Tetsuo Fukuda, Naib Presiden Eksekutif ANA Produk, Perkhidmatan dan Perancangan Korporat.


Beliau menambah: "Sebagai syarikat penerbangan lima bintang, kami akan terus berusaha untuk memenuhi permintaan tetamu antarabangsa dan menyesuaikan dengan kepelbagaian diet mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >