Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bintang Bollywood,

Apr 29, 2020 | 06:45 PM



MUMBAI: Pelakon terkenal India yang menempa nama di peringkat antarabangsa, Irrfan Khan, meninggal dunia pada usia 53 tahun.



Beliau yang membintangi filem Hollywood, The Slumdog Millionaire, Life of Pi dan The Amazing Spider-Man, sebelum ini telah menjalani rawatan selama beberapa bulan tahun lalu di Britain, bagi rawatan barah. 



Ibunya, Saeeda Begum, meninggal dunia empat hari sebelumnya - pada 25 April lalu.



"Irrfan adalah seorang insan berjiwa cekal, jiwa yang berjuang hingga ke saat akhir dan selalu memberi inspirasi kepada semua orang yang dekat dengannya," kata pengurusnya dalam satu kenyataan.



Bintang Bollywood itu yang mengalami ketumbuhan neuroendokrin pada 2018, dimasukkan ke hospital Mumbai awal minggu ini berikutan jangkitan pada usus besar.



Di saat-saat akhir kehidupannya, beliau "dikelilingi orang-orang yang dicintainya, keluarga yang amat beliau sayangi," kata kenyataan yang dikeluarkan keluarganya.



Irrfan meninggalkan isterinya, Sutapa Sikdar, seorang penerbit TV, dan dua anaknya, Babil dan Ayan.  



Kematian Irrfan sangat mengesankan sehingga Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi, mencatatkan perasaannya di laman media sosial, Twitter, menyatakan:



"Pemergian Khan adalah satu kehilangan bagi dunia filem dan teater. Beliau akan dikenang kerana kebolehan persembahannya merentasi pelbagai bidang. Ingatan saya adalah kepada keluarganya, sahabat dan peminat. Semoga rohnya tenang dalam persemadian." - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >