Premium
Bintang kecil 'Couple Cosmo' menyinar
Lakonan pertama Nik Aqimi di kaca TV dianggap 'menjadi' dan berpotensi
Feb 12, 2020 | 5:30 AM
DORONGAN IBU BAPA: Pelakon cilik drama 'Couple Cosmo', Md Nik Aqimi Hashim (tengah) meraih sokongan daripada ibu bapanya, Encik Hashim Abdul Jaffar dan Cik Rosilawatee Hussein dalam meneruskan minat dalam dunia lakonan. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -
PENGLIBATAN pelakon comel drama Mediacorp Suria, Couple Cosmo, Md Nik Aqimi Hashim, dalam dunia seni baru setahun jagung.
Namun, pelajar berusia sembilan tahun ini sudah pun menerima pujian daripada pengarah, kru penerbitan dan pelakon gandingannya kerana tampil profesional di depan kamera.

