Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bintang rap muda MK belajar erti kerja keras

MK
Mar 12, 2021 | 05:30 AM



PADA usia muda 25 tahun, rapper kumpulan hip hop K-Clique, MK, disifatkan sebagai nama yang sedang meningkat naik di persada seni Malaysia.



Beliau dan rakan-rakannya mencipta fenomena menerusi lagu Lane Lain Line, Sah Tu Satu, Licik, Mimpi dan Warna.



Bintang hip hop muda dengan nama sebenar, Muhammad Hairi Amin Hamdan, ini menyifatkan nama-nama besar industri seperti Joe Flizzow sebagai sumber inspirasinya.



Dalam wawancara Zoom bersamanya baru-baru ini, MK, yang memiliki ijazah pengajian perniagaan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Kota Kinabalu, Sabah, berkata beliau berbesar hati diundang Joe bagi merakam lagu Ciao bersama artis antarabangsa, Jay Park.



"Saya sangat gembira dan teruja malah menyifatkan kerjasama ini sebagai satu kesyukuran dan peluang saya belajar daripada orang hebat seperti Abang Joe.



"Kita perlu bawa muzik hip hop Melayu ke pentas lebih besar lagi. Satu caranya ialah dengan menjalin kerjasama dengan artis yang dikenali di peringkat antarabangsa seperti Jay Park," tambahnya.



MK gembira hip hop menjadi wadah positif meluah rasa, baik tentang pengalaman peribadi atau keadaan sekeliling yang diamati sang penggubah lagu atau penyanyi.



"Saya malah jatuh cinta dengan irama hip hop kerana kebebasan bersuara dalam lagu rap.



"Ia datang daripada ketulusan hati. Kita ikhlas sampaikan dan mudah-mudahan, ia membawa ke arah unsur positif dan nilai-nilai yang baik buat dihadam generasi muda," jelasnya.



Beliau tertawa besar apabila mendengar cerita Joe tentang ukurtara berbeza masyarakat apabila menyentuh tentang bahasa yang digunakan dalam lagu rap dengan kata-kata santai golongan 'mak cik'.



Joe berkongsi dalam sesi Zoom bahawa rapper dianggap menggunakan bahasa kesat tetapi apabila mak cik melatah dengan menggunakan bahasa seperti itu, ia dianggap comel pula.



Buat MK, tunjuk ajar dan ilmu yang dikongsi Joe amat berharga buat generasi rapper muda sepertinya yang baru setahun jagung dalam industri muzik.



"Saya suka dengan caranya yang terbuka menjalin kerjasama dengan anak muda dan memberi kami galakan agar membantu orang lain juga dalam kerja seni kami.



"Buat masa ini, saya belum ada usaha niaga sendiri. Mungkin pada masa akan datang. Saya cuma ada kolaborasi dengan beberapa jenama," tambah MK.



Joe pula berkata beliau senangi stamina anak muda seperti MK yang diberi baton untuk meneruskan perjuangan hip hop.



"Dahulu, apabila saya mula masuk industri, ada juga orang lama yang bimbang kalau bekerjasama dengan bakat muda. Mereka pula buli saya dan khuatir kalau saya mengatasi mereka. Apabila mereka sedar dan perlukan bantuan saya, mereka mengaku tentang sikap mereka itu. Saya cuba bantu.



"Rasanya tiada makna nak sombong atau rasa terancam dengan bakat muda. Kita saling membantu. Pada usia saya sebegini, saya masih mahu terus berseni dan hasilkan kerja cemerlang tapi saya tahu tenaga saya tidak seperti dulu.



"Kita kongsi ilmu. Manfaatkan kemahiran anak muda itu dalam adunan muzik atau teknik videografi.



"Masalah dengan industri kita, akan ada yang iri hati dan menyimpan hasad dendam. Jauhkanlah. Ia takkan bawa kita ke mana dan merugikan," tambah Joe.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >