Biografi Husin Saaban kongsi cerminan dunia komedi tempatan
Premium
Biografi Husin Saaban kongsi cerminan dunia komedi tempatan
Biografi Moga Ceria terbitan Jamiyah Singapura akan dilancarkan 4 Mac di Singapore Expo
Feb 25, 2023 | 5:30 AM
BAHAN TERKUMPUL: Pelawak Husin Saaban mempunyai banyak bahan penulisan, keratan akhbar dan gambar-gambar yang mencatatkan sejarah perkembangan industri hiburan terutamanya komedi Singapura sejak era akhir 1970-an. Ini mendorong beliau untuk menghasilkan biografi Moga Ceria. - Foto BH oleh HANIM MOHD SALEH -
KALAU bercakap tentang perjalanan hidup Husin Saaban dalam dunia lawak, anda tidak dapat mengelakkan daripada menyentuh tentang perkembangan persada komedi Singapura keseluruhannya.
Ini kerana beliau memainkan peranan besar dalam pembentukan wajah industri lawak tempatan - bukan setakat membuat persembahan, beliau juga menghasilkan album, menerbitkan konsert, menulis skrip, mengasah bakat baru, bahkan pernah menerajui rancangan komedi bagi saluran televisyen di negara jiran.

