Isteri selalu disebut sebagai tunjang kekuatan seorang suami.

Bagi guru pesara, Cik Zaharah Jantan, 77 tahun, beliau tidak sahaja menjadi pendorong utama suaminya, Allahyarham Idris Mohd Yusof, yang semasa hayatnya terkenal sebagai pengarah muzik Pancaragam Pasukan Polis Singapura (SPF), bahkan menjadi saksi utama perjalanan Allahyarham membina kerjaya daripada seorang “yang tidak ada apa-apa” sehingga mampu mencapai pangkat Superintenden Polis.