Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Botak pun menawan, kata Cef Wan lepas kemoterapi lawan barah limfoma

Sep 26, 2023 | 3:13 PM
BOTAK MENAWAN: Penampilan terkini Chef Wan yang kini berimej botak selepas menjalani rawatan kemoterapi.
BOTAK MENAWAN: Penampilan terkini Chef Wan yang kini berimej botak selepas menjalani rawatan kemoterapi. - Foto IG CHEF WAN

KUALA LUMPUR: Cef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail, atau Cef Wan, 65 tahun, yang menghidap barah limfoma, menyifatkan penampilannya yang kini botak sebagai menawan, sama seperti selebriti Hollywood Vin Diesel dan The Rock.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Cef Wan meluahkan beliau tidak mahu menipu diri dengan memakai rambut palsu semata-mata untuk dilihat gembira dan mampu tersenyum ceria.

“Apabila saya lihat foto dua selebriti Hollywood terkenal (Vin Diesel dan The Rock) yang berimej botak itu, saya fikir okaylah kalau botak pun. Mereka tetap kelihatan menawan.

“Malah, saya berasa seperti menipu diri sekiranya memakai rambut palsu seperti malam tadi hanya untuk mengukir sebuah senyuman di wajah,” tulisnya.

Cef wan berkata beliau sebenarnya yakin sahaja berjalan ke sana sini dengan imej botak itu tanpa perlu memikirkan tanggapan orang lain terhadapnya.

“Apa yang pasti doktor memaklumkan keputusan pemeriksaan darah saya berada pada tahap okay dan dibenarkan balik ke rumah sejak kelmarin selepas selesai rawatan kemoterapi yang kelima.

“Saya boleh makan seperti biasa, apa saja makanan yang diinginkan, perlu mendapat rehat yang cukup dan sentiasa rajin bersenam untuk membina tenaga dan kekuatan dalaman diri menjadi lebih bersemangat,” katanya.

Rata-rata netizen yang mengikutinya di IG meninggalkan komen pembakar semangat untuk Cef Wan berjuang melawan barah limfoma yang difahamkan tahap dua itu.

Pada 3 Ogos, Cef Wan membuat perkongsian di Instagram mengenai keadaan kesihatannya yang disahkan menghidap barah limfoma selepas dua kali melakukan ujian electrocardiogram (ECG).

Dalam hantaran itu beliau juga memaklumkan dirinya perlu menjalankan rawatan kemoterapi sebanyak 13 kitaran untuk jangka masa selama 13 minggu. – BH Online.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg