Premium
'Breakdance' bawa belia sertai, adili peraduan sedunia
Oct 3, 2017 | 5:30 AM

TERDEDAH PADA DUNIA HIP HOP ANTARABANGSA: Encik Muhd Sufian Mohd Amir sudah terdedah pada peraduan tarian hip hop antarabangsa malah pernah wakili negara ke Las Vegas dan mengadili peraduan di Sri Lanka. - Foto M.O. SALLEH -
Dunia tarian telah membawa perbezaan dalam diri beberapa pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan ramai teman sebaya mereka. Bagaimanakah belia diperkasa melalui kemahiran menari? HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan di ambang fiesta tari ITE - Dance Emblazon 2017 - hujung minggu ini.
SEAWAL usia 17 tahun, penggiat tarian nekad breakdance, Encik Muhd Sufian Mohd Amir, sudah merantau ke kota peranginan Las Vegas di Amerika Syarikat bagi mewakili Singapura dalam satu peraduan antarabangsa.

