Premium
BRITNEY ligat menari tapi kurang interaksi
Jul 4, 2017 | 5:30 AM
NOSTALGIA ZAMAN SEKOLAH: Encik Halil Nasil teruja merentasi jalan kenangan mendengar lagu Britney Spears semula bersama dua kawan sekolah lamanya, Cik Jamaliah Ahmad Shah (bertudung) dan Cik Syarafina Sapari. - Foto ihsan HALIL NASIL -
BELUM pun kaki ini melangkah ke Stadium Tertutup Singapura Jumaat lalu, teman saya sudah berpesan:
"Kalau pergi konsert Britney Spears, jangan jangkakan vokalnya bertenaga macam Adele atau Celine Dion. Britney akan gunakan suaranya yang sudah sedia dirakam sebagai sandaran. Tapi, ramai ke konsert Britney tak kecewa kerana paparan visual pentas berwarna-warni dan dansanya yang tidak henti."

