Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

HOLLYWOOD

Britney Spears, adiknya 'tikam lidah' di media sosial

Jan 26, 2022 | 05:30 AM



LOS ANGELES: Bintang pop, Britney Spears, mungkin telah membebaskan dirinya daripada dikuasai secara undang-undang oleh bapanya November lalu, namun beliau masih 'bertikam lidah' di media sosial dengan seorang lagi anggota keluarganya, Jamie Lynn.



Pertelingkahan ini bermula apabila Jamie Lynn, 30 tahun, diwawancara oleh rancangan televisyen, Good Morning America, untuk mempromosikan bukunya, Things I Should Have Said, pada 13 Januari lalu.



Dalam wawancara itu, Jamie Lynn ditanya mengenai kandungan dalam bukunya yang menyifatkan kelakuan Britney sebagai ganjil, paranoid dan membinasakan diri sebelum perintah undang-undang diambil bapanya pada 2008 untuk mengawal kehidupannya.



Namun, Jamie Lynn berkata beliau sentiasa menyokong kakaknya itu.



"Saya amat mengasihinya dan sentiasa memberikannya sokongan, dan saya lakukan apa yang terbaik untuk diri beliau," katanya, seorang pelakon dalam drama Netflix, Sweet Magnolia.



Namun, menyusuli wawancara itu, Britney, 40 tahun, berkata menerusi Twitter, dan mempersoal motif adiknya itu.



"Beliau tidak pernah menyokong saya ketika semua ini berlaku... jadi mengapa beliau mahu bercakap mengenai perkara ini, melainkan beliau mahu menggunakan publisiti ini untuk melariskan bukunya," ujar Britney dalam catatannya.



Lynn kemudian membalas catatan itu dengan memberi gambaran mengenai tingkah laku kakaknya itu, yang ganjil dan sukar diduga.



"Amat mengecewakan apabila perbualan kita secara peribadi dan menerusi teks tidak sama dengan apa yang anda pos di media sosial," katanya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >