Topic followed successfully
Go to BHkuBTS pecah rekod Anugerah Muzik Video MTV 2020
BTS pecah rekod Anugerah Muzik Video MTV 2020
BTS pecah rekod Anugerah Muzik Video MTV 2020
KUMPULAN BTS dari Korea Selatan, penyanyi Lady Gaga dan Ariana Grande menang besar pada Anugerah Muzik Video MTV 2020 (MTV VMA 2020) yang berlangsung secara maya pada Isnin (29 Ogos). Gaga dinobat Artis Terbaik dan meraih Anugerah Tricon. Manakala lagu kolaborasinya bersama Ariana menerusi 'Rain On Me' memenangi kategori Lagu Terbaik, Kolaborasi Terbaik dan Sinematografi Terbaik. BTS membawa pulang trofi Kumpulan Tahun Ini yang memecahkan rekod keempat berturut-turut sementara Lisa daripada Blackpink pula mencipta sejarah sebagai penyanyi solo K-pop pertama yang memenangi Persembahan K-pop Terbaik. MTV VMA 2020 dihoskan Keke Palmer dan menampilkan persembahan daripada BTS, Miley Cyrus, Lady Gaga, The Weeknd, J Balvin, Maluma, Roddy Ricch, Doja Cat dan CNCO. Acara itu dipancarkan ke beberapa lokasi luar. MTV VMA 2020 asalnya dijadualkan diadakan di Barclays Center, New York, namun dibatalkan kerana pandemik Covid-19.

