SUARA merdu lagi mendayu-dayu mantan penyanyi kumpulan Chicago, Peter Cetera, kekal mempesona tatkala menyanyikan lagu balada cinta seperti If You Leave Me Now dan Hard To Say I'm Sorry.

Walaupun sudah mencecah usia 72 tahun, Cetera, yang berasal dari Chicago, Amerika Syarikat, masih tetap bertenaga dan dikenali sebagai pembuai jiwa lara mereka yang putus cinta atau penceria golongan yang asyik berkasih.