Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

'Buatlah kerja seni bersungguh-sungguh dan dengan penuh kejujuran'

Yusnor Ef gesa seniman muda hasilkan seni kata yang lembut, ringkas dan mudah difahami agar penjiwaan boleh terus serap ke hati
Oct 6, 2018 | 5:30 AM
"Rakaman pada zaman dahulu memang payah dan memenatkan. Tetapi jika kita lihat kembali pada hasilnya, hingga kini lagu-lagu lama masih tetap baik dan diminati ramai. Kerana apa? Kerana segalanya dilakukan dengan teliti, bermutu, sempurna dan bersungguh-sungguh. Dari melodinya, seni katanya, susunannya dan produksinya, segalanya tidak diambil mudah atau sambil lewa. Inilah yang saya mahukan pada industri muzik Melayu hari ini. Buatlah setanding, atau lebih baik lagi di era teknologi canggih ini.'' - Yusnor Ef (gambar).
"Rakaman pada zaman dahulu memang payah dan memenatkan. Tetapi jika kita lihat kembali pada hasilnya, hingga kini lagu-lagu lama masih tetap baik dan diminati ramai. Kerana apa? Kerana segalanya dilakukan dengan teliti, bermutu, sempurna dan bersungguh-sungguh. Dari melodinya, seni katanya, susunannya dan produksinya, segalanya tidak diambil mudah atau sambil lewa. Inilah yang saya mahukan pada industri muzik Melayu hari ini. Buatlah setanding, atau lebih baik lagi di era teknologi canggih ini.'' - Yusnor Ef (gambar). -

Lebih enam dekad, beliau tidak pernah berhenti mencurahkan bakti dalam kerja seni sama ada sebagai penulis lirik, penerbit rancangan televisyen atau menulis buku. Yusnor Ef tidak mengenal erti penat atau memikirkan untuk bersara biarpun sudah lama meninggalkan usia persaraan. Selain menjadi satu-satunya Presiden Karyawan Muzik Melayu Singapura (Perkamus) sejak persatuan itu ditubuhkan pada 1994, beliau juga anggota lembaga pengarah Persatuan Penggubah dan Penulis Lirik Singapura (Compass), memperjuangkan karya muzik Melayu tempatan. Sempena ulang tahunnya yang ke-81 pada 12 September lalu, BERITA HARIAN meminta beliau berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai bidang seni yang amat dicintainya.

USIANYA mencecah 81 tahun pada pertengahan September lalu namun Yusnor Ef masih belum mahu berehat daripada kerja-kerja seni yang telah diceburinya lebih enam dekad.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg