Bubur lambuk atau bubur masjid biasanya menjadi pilihan orang Melayu untuk berbuka puasa.
Tetapi apa kata sesekali, kita ubah selera berbuka dengan bubur asli Korea, Jeonbakju.
Ia menawarkan rasa makanan laut dengan tiram segar.
Ditambah pula dengan sup segar ayam ginseng, Samgyetang, yang sungguh menyegarkan.
Bubur dan sup ayam itu adalah antara hidangan menarik yang ditawarkan dalam hidangan bufet bertema Korea yang disediakan oleh Ginger @ PARKROYAL on Beach Road.
Dari 27 Februari hingga 30 April, restoran itu memperkenalkan pelbagai hidangan Korea asli yang halal, di samping menawarkan pilihan sajian tempatan yang terkenal.
Bufet eksklusif Ramadan itu menawarkan lebih 30 hidangan Korea yang autentik, dengan harga bermula daripada $75++ seorang dewasa, serta menu istimewa yang dijangka memikat hati peminat makanan Korea.
Antara hidangan yang tidak boleh dilepaskan termasuk tujuh jenis ayam goreng tanpa tulang gaya Korea termasuk Original, Cheese, Soy Garlic, Spicy Gochujang, Sichuan Pepper Chilli, Ghost Pepper Chilli, dan Kicap Manis.
Untuk hidangan protein, kunjungi stesen, Fire Grill di Ginger, yang menawarkan barbeku daging seperti Tteok Galbi (stik daging), Bulgogi Ayam, Bulgogi Lembu, Galbi (rusuk pendek) dan Yang-gogi (ketulan daging kambing).
Bagi pencinta bibimbap iaitu hidangan nasi Korea, usah lepaskan peluang mencipta bibimbap kegemaran anda di DIY Bibimbap Station.
Selain itu, pelbagai hidangan Korea yang ikonik seperti Samgyetang (Sup Ayam Ginseng); Jjajangmyeon (Mi dalam Sos Kacang Hitam); Eomuk Guksu (sate kek ikan); Tteokbokki (kek beras manis dan pedas); Jeonbokjuk (bubur dengan tiram segar); dan Jeon (lempeng makanan laut) turut ditawarkan.
Untuk menyegarkan tekak, bufet itu turut menyajikan minuman istimewa hidangan malam Ramadan iaitu bandung dengan Nutrisoy, susu soya segar yang diperkaya dengan beras ungu asli.
Tidak lengkap rasanya tanpa singgah di reruai aiskrim, Binggrae, yang rasmi untuk menikmati hidangan manis sejuk Korea, seperti Samanco Red Bean dan Melona, aiskrim wafel yang terkenal di Korea sejak 1992.
Untuk makan malam dari 27 Februari hingga 30 April 2025, harga bufet ialah $75++ untuk dewasa dan $37.50++ setiap kanak-kanak (enam hingga 12 tahun) dari Isnin hingga Khamis;dan $85++ per untuk dewasa dan $42.50++ untuk kanak-kanak dari Jumaat hingga Ahad, termasuk cuti umum dan malam cuti umum.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg