Daripada sejarah Singapura hingga pengalaman realiti maya (VR), inilah lima pengalaman yang anda boleh jangkakan apabila berkunjung ke tarikan Madame Tussauds yang terletak di Sentosa.

1. Masuk ke dunia Jumanji menerusi Jumanji: Safari Tours Ekspedisi 4D

Filem 4D Jumanji: Safari Tours merupakan tarikan terbaharu Madame Tussauds.

Anda akan dibawa ke dalam dunia hutan Jumanji menerusi pengalaman sinematik yang diketuai oleh watak Nigel Billingsley, pemandu safari yang dilakonkan oleh pelakon Rhys Darby dalam filem-filem Jumanji.

Pengalaman ini turut menampilkan babak baharu yang dirakam khas oleh Rhys Darby untuk pengalaman 4D tersebut.

Jangan terkejut jika anda berdepan dengan beberapa haiwan ikonik dari dunia Jumanji.

Antaranya ialah badak sumbu, burung unta, anaconda, mandril dan badak air yang muncul sepanjang pengembaraan.

Dengan tiupan angin dan semburan air, anda bukan sekadar penonton, anda menjadi sebahagian daripada aksinya!

2. Kenali sejarah Singapura menerusi Images of Singapore

Pengunjung  boleh berinteraksi dengan empat watak digital berasaskan kecerdasan buatan (AI), termasuk Sir Stamford Raffles, Ah Mei, seorang wanita Samsui, seorang pemberi pinjaman wang Chettiar dan Ahmad, seorang askar Rejimen Melayu.
Pengunjung boleh berinteraksi dengan empat watak digital berasaskan kecerdasan buatan (AI), termasuk Sir Stamford Raffles, Ah Mei, seorang wanita Samsui, seorang pemberi pinjaman wang Chettiar dan Ahmad, seorang askar Rejimen Melayu. - Foto ST

Bagi yang ingin menyelami sejarah Singapura, Images of Singapore membawa pengunjung menyusuri perjalanan Singapura daripada sebuah perkampungan nelayan hingga menjadi negara moden.

Pengalaman yang telah dinaik taraf ini menggunakan kesan khas, teknologi dan set imersif untuk menghidupkan kira-kira 200 tahun sejarah Singapura.

Pengunjung juga boleh berinteraksi dengan empat watak digital berasaskan kecerdasan buatan (AI), termasuk Sir Stamford Raffles, wanita Samsui (Ah Mei), pemberi pinjaman wang Chettiar dan askar Rejimen Melayu (Ahmad).

3. Bertemu selebriti dan sertai Adventure Quest

Dari 3 hingga 30 September 2026, pengunjung boleh menyertai ‘Adventure Quest’, iaitu aktiviti interaktif yang membawa mereka meneroka tarikan sambil menyelesaikan beberapa tugasan.
Dari 3 hingga 30 September 2026, pengunjung boleh menyertai ‘Adventure Quest’, iaitu aktiviti interaktif yang membawa mereka meneroka tarikan sambil menyelesaikan beberapa tugasan. - Foto MADAME TUSSAUDS SINGAPURA

Pengalaman bertemu patung lilin selebriti masih menjadi antara tarikan utama Madame Tussauds Singapura.

Tarikan ini mempunyai lebih 10 zon interaktif, termasuk zon muzik, sukan, televisyen dan filem, dan juga K-Wave dan Bollywood.

Bagi sesiapa yang berkunjung dari 3 hingga 30 September 2026, anda boleh menyertai Adventure Quest, iaitu aktiviti interaktif yang membawa anda meneroka tarikan sambil menyelesaikan beberapa tugasan.

Anda perlu mengambil bahagian dalam kuiz personaliti untuk mengetahui watak pengembaraan anda.

Kemudian, anda harus melengkapkan tugasan mengikut watak dan kumpulkan cap sepanjang meneroka Madame Tussauds.

Anda juga boleh berkongsi foto atau video tugasan yang sudah diselesaikan di media sosial dan 'tag’ @mtssingapore untuk berpeluang memenangi baucar beli-belah bernilai $500.

4. Rasai debaran Thrill Coaster

Dengan teknologi realiti maya (VR) dan simulasi pergerakan, ‘Thrill Coaster’ Singapura membawa anda merasai pengalaman seperti menaiki roller coaster sebenar.
Dengan teknologi realiti maya (VR) dan simulasi pergerakan, ‘Thrill Coaster’ Singapura membawa anda merasai pengalaman seperti menaiki roller coaster sebenar. - Foto MADAME TUSSAUDS SINGAPURA

Nak sesuatu yang lebih mendebarkan?

Thrill Coaster Singapura menggunakan teknologi VR dan simulasi pergerakan untuk membawa anda melalui pengalaman seperti menaiki roller coaster.

Anda boleh merasai pelbagai pusingan, selekoh dan jatuhan sambil meneroka persekitaran maya yang memaparkan mercu tanda terkenal di sekitar kawasan Marina Bay.

5. Uji kemahiran sebagai pelumba Formula 1 menerusi VR

Peminat Formula 1 boleh merasai sendiri pengalaman menjadi pelumba menerusi ‘VR Racing Experience’ yang menawarkan pengalaman perlumbaan secara maya.
Peminat Formula 1 boleh merasai sendiri pengalaman menjadi pelumba menerusi ‘VR Racing Experience’ yang menawarkan pengalaman perlumbaan secara maya. - Foto fail

Bagi peminat sukan perlumbaan Formula 1, VR Racing Experience menawarkan peluang untuk merasai pengalaman menjadi seorang pelumba.

Pengalaman ini menggunakan kereta lumba VR dan membolehkan anda berlumba secara maya menentang pelumba lain.

Sama ada anda lebih gemar teroka Jumanji, sejarah Singapura, selebriti, aksi VR atau perlumbaan, terdapat pelbagai pengalaman untuk diterokai dalam satu kunjungan ke Madame Tussauds Singapura.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti