Nenek Menjadi Bayi Tua
Millet suka bermain dengan Nenek. Padanya, Nenek merupakan seseorang yang hebat. Nenek suka memasak makanan kegemaran Millet. Mereka memasak, berbelanja dan bermain bersama. Nenek sayang kepada Millet. Namun, pada suatu hari, Nenek lupa mematikan api dapurnya sewaktu memasak, sesuatu yang beliau tidak pernah lupa sebelum ini. Hari demi hari berlalu sehingga akhirnya ibu Millet memberitahu bahawa Nenek sakit. Ingatannya tidak lagi sebaik sebelumnya. Millet sangat sedih melihat Neneknya kini menjadi seperti bayi tua. Millet ingin tetap menjaga Nenek. Namun, adakah Nenek akan tetap mengingati Millet?
Nombor Panggilan: J P YIN - Foto NLB
Saranan bahan bacaan oleh pustakawan daripada Unit Bahasa Melayu, Lembaga Perpustakaan Negara (NLB). Buku boleh dipinjam dari perpustakaan awam.