Jarik Adik
Nombor Panggilan: J P SUP

Semua orang sedang sibuk mempersiapkan kelahiran adik. Mbah meminta Slamet menjaga ‘jarik’ – kain batik – yang disiapkan untuk adiknya. Slamet bosan. Dia mula bermain dengan ‘jarik-jarik’ itu, lalu… Oh, tidak! Jarik itu koyak. Apakah yang harus Slamet lakukan?
Jarik Adik Nombor Panggilan: J P SUP Semua orang sedang sibuk mempersiapkan kelahiran adik. Mbah meminta Slamet menjaga ‘jarik’ – kain batik – yang disiapkan untuk adiknya. Slamet bosan. Dia mula bermain dengan ‘jarik-jarik’ itu, lalu… Oh, tidak! Jarik itu koyak. Apakah yang harus Slamet lakukan? - Foto NLB
Buku Poket Anak Kecil
Nombor Panggilan: 649.1 NUR -[FAM]

Buku poket ini merupakan buku panduan perkembangan dan psikologi anak kecil khas untuk ibu bapa muda atau pasangan yang bakal menimang cahaya mata. Ia ditulis khas oleh ahli psikologi perkembangan untuk ibu bapa dalam membantu ibu bapa memahami setiap komponen perkembangan anak dari lahir hingga si kecil berusia enam tahun.
Buku Poket Anak Kecil Nombor Panggilan: 649.1 NUR -[FAM] Buku poket ini merupakan buku panduan perkembangan dan psikologi anak kecil khas untuk ibu bapa muda atau pasangan yang bakal menimang cahaya mata. Ia ditulis khas oleh ahli psikologi perkembangan untuk ibu bapa dalam membantu ibu bapa memahami setiap komponen perkembangan anak dari lahir hingga si kecil berusia enam tahun. - Foto NLB
Buku Pink 3.0: Cerita-cerita Ibu Mengandung Lagi?
Nombor Panggilan: 618.2 AIN [FAM]

‘Buku Pink 3.0’ meneruskan siri cerita (lucu, sedih, gembira, mendebarkan) tentang kehamilan dan kelahiran, di samping menyampaikan maklumat dan nasihat kehamilan yang tepat, langsung daripada petugas kesihatan dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi (O&G) yang bertauliah. Sesuai untuk pembaca yang bakal atau sudah bergelar ibu dan bapa.
Buku Pink 3.0: Cerita-cerita Ibu Mengandung Lagi? Nombor Panggilan: 618.2 AIN [FAM] ‘Buku Pink 3.0’ meneruskan siri cerita (lucu, sedih, gembira, mendebarkan) tentang kehamilan dan kelahiran, di samping menyampaikan maklumat dan nasihat kehamilan yang tepat, langsung daripada petugas kesihatan dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi (O&G) yang bertauliah. Sesuai untuk pembaca yang bakal atau sudah bergelar ibu dan bapa. - Foto NLB
Mai Chek Nak Habaq: 100 Mitos Kesuburan dan Kehamilan
Nombor Panggilan: 618.2 IME [FAM]

Kebanyakan petua yang kita pernah dengar merupakan mitos dan tahyul belaka. Semuanya sudah dibuktikan dengan kajian perubatan. Dalam ‘Mai Chek Nak Habaq’, Profesor Dr Imelda Balchin, menyanggah 100 mitos kehamilan dan kesuburan dengan fakta betul dan tepat. Ayuh timba ilmu, jauhi mitos dan dekati fakta!
Mai Chek Nak Habaq: 100 Mitos Kesuburan dan Kehamilan Nombor Panggilan: 618.2 IME [FAM] Kebanyakan petua yang kita pernah dengar merupakan mitos dan tahyul belaka. Semuanya sudah dibuktikan dengan kajian perubatan. Dalam ‘Mai Chek Nak Habaq’, Profesor Dr Imelda Balchin, menyanggah 100 mitos kehamilan dan kesuburan dengan fakta betul dan tepat. Ayuh timba ilmu, jauhi mitos dan dekati fakta! - Foto NLB

Berikut saranan bahan bacaan oleh pustakawan daripada Unit Bahasa Melayu, Lembaga Perpustakaan Negara (NLB). Buku boleh dipinjam dari perpustakaan awam.