Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Buku pustaka untuk dibaca sempena cuti sekolah

Sep 4, 2025 | 5:30 AM
bukan mimpi, buku kanak-kanak, nlb
Bukan Mimpi Kisah cereka sains yang menggunakan konsep perjalanan merentas masa, novel kanak-kanak ini mengajak para pembaca mengikut protagonis dalam pengembaraannya sewaktu dia dicampakkan dari satu zaman ke zaman yang lain setiap kali gagal mengawal amarahnya. Nombor Panggilan: J SING AMA - Foto NLB

Saranan bahan bacaan oleh pustakawan daripada Unit Bahasa Melayu, Lembaga Perpustakaan Negara (NLB). Buku boleh dipinjam daripada perpustakaan awam.  

Kecoh Di Lereng Bukit 

Berlatarbelakangkan Singapura pada 1957, novel ini mengisahkan tentang penculikan seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan anak seorang tauke Cina. Selain mengandungi unsur saspens, watak-watak dalam novel ini juga membuat alur cerita lebih menarik. Seperti contoh watak Adi, seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun yang menyeret selipar merah ke mana-mana sahaja dia pergi dan menjadikan selipar itu pelbagai benda dan haiwan mengikut imaginasinya.

Nombor Panggilan: J SING NUR
Kecoh Di Lereng Bukit Berlatarbelakangkan Singapura pada 1957, novel ini mengisahkan tentang penculikan seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan anak seorang tauke Cina. Selain mengandungi unsur saspens, watak-watak dalam novel ini juga membuat alur cerita lebih menarik. Seperti contoh watak Adi, seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun yang menyeret selipar merah ke mana-mana sahaja dia pergi dan menjadikan selipar itu pelbagai benda dan haiwan mengikut imaginasinya. Nombor Panggilan: J SING NUR - Foto NLB
Misi Aktivis Cilik 

Dunia yang Alia tinggal sedang dilanda bencana alam dan masalah alam sekitar. Alia kemudian bertemu dengan patung pari-pari ajaib bernama Pi. Secara bersama, mereka berhadapan hutan yang terancam, laut yang tercemar, dan kota yang hancur. Mampukah mereka menyelamatkan dunia sebelum terlambat?

Nombor Panggilan: J EMI
Misi Aktivis Cilik Dunia yang Alia tinggal sedang dilanda bencana alam dan masalah alam sekitar. Alia kemudian bertemu dengan patung pari-pari ajaib bernama Pi. Secara bersama, mereka berhadapan hutan yang terancam, laut yang tercemar, dan kota yang hancur. Mampukah mereka menyelamatkan dunia sebelum terlambat? Nombor Panggilan: J EMI - Foto NLB
Amir Cari Hobi 

Guru Amir telah memberikan satu tugasan hujung minggu yang bertajuk, Hobi Saya’. Amir pula belum bertemu dengan hobi yang dia suka lakukan. 

Nombor Panggilan: J SING SAN
Amir Cari Hobi Guru Amir telah memberikan satu tugasan hujung minggu yang bertajuk, Hobi Saya’. Amir pula belum bertemu dengan hobi yang dia suka lakukan. Nombor Panggilan: J SING SAN - Foto NLB
Dua detektif & misi masakan misteri

Kisah dua beradik detektif dalam misi mencari bahan-bahan tersembunyi melalui teka silang kata. Jika berjaya, mereka akan dapat sediakan masakan kegemaran Nenek!

Nombor Panggilan: J SING LIY
Dua detektif & misi masakan misteri Kisah dua beradik detektif dalam misi mencari bahan-bahan tersembunyi melalui teka silang kata. Jika berjaya, mereka akan dapat sediakan masakan kegemaran Nenek! Nombor Panggilan: J SING LIY - Foto NLB
Campur, Campur, Campur

Para dino meluncur ke dunia tanpa warna membawa tiga belon cat air. Masing-masing berwarna merah, kuning dan biru. Bagaimana jika warna-warna itu dicampur? Ikuti perjalanan para dino dalam Campur, Campur, Campur dan temukan keajaiban yang terjadi.

Nombor Panggilan: J P TAU
Campur, Campur, Campur Para dino meluncur ke dunia tanpa warna membawa tiga belon cat air. Masing-masing berwarna merah, kuning dan biru. Bagaimana jika warna-warna itu dicampur? Ikuti perjalanan para dino dalam Campur, Campur, Campur dan temukan keajaiban yang terjadi. Nombor Panggilan: J P TAU - Foto NLB
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg