Premium
Anggota Bhumiband turut lestarikan bahasa
Oct 1, 2016 | 5:30 AM
SATU HATI SUMBANG BAKTI: Dua anggota Bhumiband, Muhammad Adha Ahmad (kanan) dan Zulkifli Shualman (tengah), menjana projek Bulan Bahasa bersama yang menggalak pelajar menghasilkan lirik. Projek Simfoni Seni V 2016 itu dikendalikan bersama Cik Sarifah Azlin Syed Mohammad dari MAEC Jurong Green. - Foto IMAN ALIF -
HAMPIR 10 tahun, nama kumpulan Bhumiband yang pernah memenangi Anugerah Planet Muzik (APM) pada 2005 dan 2007 tidak kedengaran.
Bagaimanapun, dua anggotanya, Muhammad Adha Ahmad, 36 tahun; dan Zulkifli Shualman, 37 tahun, masih terus menyumbang, khususnya dalam usaha melestarikan bahasa dalam kalangan generasi muda.

