Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bunga Citra Lestari nikah karyawan bank pada 2 Dis di Bali

Nov 27, 2023 | 12:07 AM



Penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL, 40 tahun, memilih tarikh 2 Disember ini untuk disatukan dengan teman lelakinya, Tiko Aryawardhana, yang pernah digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengannya.

Sumber terdekat bintang jelita itu mengesahkan majlis pernikahan pasangan itu akan berlangsung di sebuah hotel mewah di Bali, Indonesia.

“Memang benar BCL akan bernikah pada 2 Disember ini dan majlis akan diadakan di sebuah hotel mewah di Bali.

“Majlis perkahwinannya sangat eksklusif kerana difahamkan jumlah tetamu yang diundang tak ramai iaitu kurang 100 orang,” katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM).


Desas-desus majlis pernikahan penyanyi Cinta Sejati itu turut disahkan ketua tempat tinggal BCL di Pejaten Barat, Asep Ahmad Umar.


Menurut Acep, BCL sudah menyerahkan dokumen berkaitan urusan pernikahan dengan jejaka yang bertugas di sebuah bank antarabangsa itu.

“Betul, BCL akan bernikah,” kata Asep seperti yang dilaporkan laman Kompas.com.


Bagaimanapun, Asep tidak berkongsi butiran lanjut mengenai tarikh ataupun lokasi majlis pernikahan pasangan itu.

Sehingga kini, pelakon Habibie & Ainun ini belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.


Terdahulu, BCL pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon kelahiran Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair, yang menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.

Hasil perkahwinan pada 2008 itu, pasangan itu dikurniakan anak lelaki, Noah, 12 tahun.

Selepas pemergian Allahyarham Ashraf, BCL turut dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan vokalis kumpulan Noah, Ariel, namun gosip itu disangkal dengan menyatakan Ariel adalah kawan baiknya.

Spekulasi mengenai hubungannya dengan Tiko mula diperkatakan selepas lelaki berstatus duda itu dilihat menghadiri majlis ulang tahun pelantun lagu Wanita Terbahagia itu pada Mac lalu.


Selain itu, Tiko turut meraikan Lebaran bersama keluarga buah hatinya itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >